11 December 2011

:: ONE SEGAMAT ::

Kalau entry aku yang sebelum ini mencerita kan tentang pembangunan yang berlaku di bandar Johor Bharu dengan Johor Premium Outlet dan selepas ini Legoland bakal menyusul..... so entry kali ini aku just nak share dengan semua tentang pembangunan yang turut berlaku di Segamat Johor iaitu dengan pembukaan sebuah shopping complek yang diberi nama One Segamat (OS)

Kalau suatu masa dulu penduduk sekitar daerah Segamat mendambarkan sebuah pasar raya yang boleh menyediakan keperluan tidak kira dari sudut apa pun..kini semuanya sudah tersedia...kepada yang masih tak tau tentang kewujudan One Segamat ini,, ianya terletak bersebelahan dengan terminal bus segamat dan besebelahan dengan stesyen keretapi tanah melayu segamat...OS ini telah pun dibuka pada 10.12.2011...

terdapat 117 lot kedai yang disediakan...dan yang paling menggembirakan aku ada WAYANG!!!...hahaha..lepas ini tak perlu lah aku pergi jauh-jauh untuk menonton wayang...so lepas ini ada lah tempat untuk pergi menghabis kan masa-masa lapang aku...tapi setakat ini aku masih belum menjejakkan kaki disana......kat bawah ini aku sediakan sikit gambaran tentang bagaimana rupa OS ni.....selamat melawat..
















* wah!!! senang lah budak2 UITM segamat nak g bedating....hehehehe

07 December 2011

:: JOHOR PREMIUM OUTLETS


So sekarang ini aku just nak share dengan rakan2 blogger sekalian tentang satu tempat baru area JB. Tempat ni diberi nama sebagai JOHOR PREMIUM OUTLETS (JPO).baru jerk dibuka 1 december 2011..tapi akan dirasmikan pada 11 december ni..dah semestinya tempat ini adalah tempat untuk bershopping...bagi yang nak pergi tu silalah bawak duit bebanyak atau credit card yang boleh buat korang sampai mabuk untuk bershopping.

kalo nak lebih tau boleh lah tengok sendiri kat laman web

JPO ni ada lebih kurang 80 outlet stores yang korang boleh lawati sekali bershopping terus..paling best penjimatan sebanyak 25% sehingga 65% untuk setiap barang berjenama disediakan.....sediakan jelah kaki dan duit untuk kesini ok!! antara outlet yang ada Adidas, Armani, canali, coach, gap, guess, tumi n banyak lagi lah........

25 November 2011

:: germ dalam kenangan ::


Ajal maut ditangan Tuhan...yang hidup pasti akan pergi....yang pergi pasti tak kan kembali...
26. 11.2011 perginya insan yang bernama teman dalam hidup kami....al-fatihah untuk arwah suffiyan (germ)....walaupun kau tak da, kenangan bersama kau akan kami ingat sampai bila-bila....semoga kau tenang disana.....

* mizam, ayap, usup, adik and fikry....pasni kwn kita melepak dah kurang satu (T-T)


:: yang pergi tak kan kembali ::

Tanda 100 hari sebelum hari mati:

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

24 November 2011

~mak dengan pasu2 nya~

orang perempuan kalau dengan bunga dah macam sahabat...tapi ada juga orang perempuan yang tak suka bunga ( lantak kome lah suke ke idak!!! )...mak aku adalah pengemar bunga..terutama bunga orkid...penah satu masa tu...dia suruh aku pergi beli bunga orkid time pesta MAHA kat serdang.....aku dengan gigih nya beli dua pasu bunga orkid hangkut balik segamat naik bus....bukan main gembira lagi mak aku...( tak tau separuh mati aku merengkik bawak bunga tu naik bus express )...hai lah omak den!!!kali ni lain pulak cerita nya...petang-petang ahad lepas sambil duk melepak dekat umah akak aku sambil-sambil tengok tv...mak aku pun berbunyi ( hah! dah mula dan mak den nie)...mula-mula dia ajak bejalan g jakel nak beli kain katanya....dah tu tak jadik pulak...ini yang timbulnya idea si emak aku ni....ngajak beli pasu pulak dah.. ( kalau mak ajak ayah aku..memang harapan lah dapat pergi, tu yang ajak kita orang )....aku, akak n adik pun layan kan jelah mak nie ha....siap2 then terus ke kedai pasu.....

tapi best jugak g kedai pasu nie...satu pasu ada yang rm 2500.00...peranjat a
ku!!!!
=
=
=
=
=










bakul shopping

yang sebenarnya aku bukan nak cerita pasal pergi shopping...tapi kali ni nak cakap pasal bakul yang digunakan untuk barang2 shopping...last week aku dan adik aku pergi tesco...tak pernah-pernah nak shoping barang dapurkan ( entah apa kena dengan ak
u agaknya tetiba nak shopping barang dapur )...

nak jadikan bahan tulisan aku kali ni...seyes aku memang tak tahu dalam tesco disediakan bakul yang tersangat lah comel untuk pengguna ( pada aku lah )... ciri-ciri bakul tu ada roda + tangkai
( tempat terik ) dan juga bakul tu warna merah....ramai yang gunakan bakul tu dan situasi masa itu sangat lah comel...dan ko orang boleh bayangkan lah muke kami bedua yang tersangat lah jakun dan asik gelak tengok orang usung bakul tu...

memandangkan kat tesco kena bayar rm 20 sen untuk penggunaan satu troli ( tesco sangat kedekut ) so adalah dinasihatkan pada para pengguna untuk menggunakan bakul merah ini....jimat dan ko orang akan nampak lebih cute kalau guna bakul terik nie tau!!

tengok sendiri bakul yang aku heboh sangat tu!!





20 November 2011

~ bila my mum gelakkan~

buat mate lentik2 macam ni..dah lama menjadi impian aku...tapi langsung tak pandai nak buat...puas dah aku study dengan kawan-kawan yang pandai...tapi tangan aku sangat lah keras untuk terus mengukir...DAN!!!!! sekarang baru aku pandai tapi itu pun sikit2 ajer...dan bila mak aku tengok aku nak kuar dengan mata macam tu.....nak tau dialog mak aku ape??????

mak: meh sini kejap
aku: nape mak????( dgn rasa pelik,dah kenapa mak den ni)
mak: kenape bulu mate ko tu melekat dekat tepi????
aku: ha!!! ( aku mula rasa pelik lah kan then mak aku tengok lagi)
mak : laaaa...celak rupanya...dah macam mata india ( macam india dia kata...haish)
aku: mak nieeee.....( mak terud gelak kan aku)....

dan aku tak nak lah buat mata macam tu lagi.....=)




~ tak tahu rasa macam mana???~


tak share pun gud news kat aku!!! tapi share dengan orang lain!!! ok tak pe fine!!! rasa macam langsung tak da kepentingan dalam hidup orang yang berkenaan.....macam ni ke aku patut terima

*ini lah situasinya bila orang yang bermakna dalam hidup kita lakukan pekara seperti diatas*

sekian!!!!




~merandang!~

Today is my bad mood day....(mengeluh) mak selalu berpesan jangan suka mengeluh...tak baik kata mak..tapi ini jelah cara yang sesuai untuk melegakan sedikit ketegangan...tak memasal aku badmud hari ini...apa punca??? aku sendiri tak tahu....aje tak memasal ko nie norhana mahat nak bad mud tak tentu pasal....haish.....mungkin sebab aku tak mendapat tidur yang cukup kot...hehehehhe...punya awal ko membuta malam tadi boleh pulak tak cukup tidor lak kan...bohong betul aku nie!!!!!

paling kesian adik aku lah...rasa nak mintak maaf pada dia tapi ego aku ni mak ai!!!...tinggi melambung2 ...ape class mintak maaf dengan orang yang berpangkat adik ini...( wah!!! belagaknya aku..sedar ini memang sangat tak patut!!!) tak memasal adik aku terkena tempias badmud aku nie...aku gasak marah dia dan semestinya buat muka ketat aku....hal punya lah kecik sebab berebutkan kunci rumah labis...haha...apa punya kakak lah aku ni kan....tapi last2 aku mengalah jugak then pergi buatkan dia kunci yang baru...so tak de gaduh2 lagi....( mana ada kakak yang jahat sangat dengan adiknya....air dicincang mana nak putus kan!!!)


* nurul syafiqah ko bukan tak biasa dengan akak ko yang nie kan....pewitttt...





~ pelaburan diakhir tahun~

DECEMBER!!! bersamaan dengan MEGASALE....wah! ko norhana mahat macam lah banyak sangat duitnya kan....sikit-sikit tu adalah kan.....apa pun aku tak peduli...janji time bulan ni memang banyak sangat sale dan sangat sesuai untuk kaum hawa pergi bershopping.....tapi mestilah beringat, ukur baju dibadan sendiri ok!!!!

bagi mereka yang dah bekerja tu aku percaya yang korang suma dah mula simpan duit untuk bershopping sejak dari awal lagi...... ini yang dikatakan sebagai pelaburan pada bulan december!!!!....wah clas ko jah!!!!time tu nama2 seperti jusco, sunway piramid dan yang sama waktu dengan nya mula lah bermain-main dibibir para senah2 nie kan.....tak termasuk lagi yang dalam kepala tu....itu nak beli ini nak beli...semualah dikatakan nak dimiliki.....bahaya...bahaya sungguh!!!!!...tapi bagi mereka yang dah berjimat cermat sejak awal2 lagi, apa salah nya melabur sedikit untuk kepuasan diri...bukan suruh pergi membazir!....sudah penat bekerja apa salahnya memenuhi sedikit keinginan yang kalau diikutkan maha lah banyak keinginan tu.....

sedikit sedutan yang boleh dijumpai pada bulan december:

hand bag (wah! Murahnya)

baju ( kalo bulan2 lain ni tak dapat harga ni...baik beli)

kasut (mak ia, cantek nye..ader less 70% lah)

p/s:

bagi kaum adam selaku suami mahu pun boyfriend sila lah melapangkan masa kamu untuk melayan kerenah sipelengkap hidup kamu ya.....

~ Rain on every Friday~

Nampaknya tiap2 hari jumaat kat labis nie hujan....hujan yang sangat lah lebat....dan setiap kali tu lah aku akan balik rumah dengan baju yang basah kuyup...wah seksi you!!!! hujan kan rahmat...

hujan emas dinegeri orang lebih baik hujan batu dinegeri sendiri...

kusangka panas hingga kepetang rupanya hujan ditengah hari...

sekian

15 November 2011

~ in time~


last week baru saja tengok cerita IN TIME ni kat Melaka....hero dia justin timberlake...ramai yang kata cerita ni best sangat sampai tahap gila......cik anak kalo dah orang kata sampai nak gila memang dengan lincah nya ke panggung....pada yang belum menonton pergilah menonton....lain orang lain pendapatnya....nasib baik tiket pukul 8.30 malam kalau mid night...confem2 si justin ni yang menonton cik ana yang sedap dibuai mimpi dalam panggung wayang....=).....bagi cik ana yang dah menonton filem ini....boleh bagi cuma 3 bintang dari 5 bintang...kira ok lah tu kan....kan..kan...

08 November 2011

~ the latest~

Salam sejahtera kepada 1 malaysia... wah! Cik ana sudah pandai menggunakan istilah 1 malaysia....class ko jah!!...Lama rasanya tak menaip dalam blog ini......perkataan berhabuk dan bersawang sangat sesuai digunakan sekarang ini untuk menggambarkan betapa sudah lama cik ana tidak terus berkhidmat untuk blog ini....rasanya banyak sangat pekara yang sudah berlaku dalam kehidupan cik ana...

Yang pertama cik ana sudah pun berjaya menamatkan pengajian selama tiga tahun di universiti bumi hijau ini....sekejap rasanya masa berlalu...majlis convocation telah pun selamat dan berjaya dihadiri...gembira dan sedih bercampur baur....dan bila selesai sudah pengajian makanya perpisahan dengan rakan2 seperjuangan turut berlaku terutama dengan cik anita....sedih!!...ucapan ribuan terima kasih yang tak terhingga diselitkan disini kepada MAK N ABAH, (family) dan setiap yang turut memberikan sokongan.....

Jodoh pertemuan semuanya ditangan Tuhan...kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan berusaha kearah kesejahteraan hidup dialam berpasangan...apa yang terjadi ada hikmahnya...penceraian yang berlaku kepada salah seorang ahli keluarga cik ana baru2 ini telah banyak memberikan kami pelbagai pengajaran...berhati2 lah dalam mengatur perjalanan hidup berumah tangga...tempias truma terhadap lelaki turut dirasai oleh cik ana sehingga menyebabkan berlaku pelbagai masalah dalam hubungan sendiri....(saya mintak maaf pada awak)....kejujuran merupakan tungak utama kepada kejayaan sesebuah perkahwinan...

cik ana sudah pun berada dia alam pekerjaan!!!...bukan mudah berada dialam ini....banyak perkara baru yang kita terpaksa pelajari...lagi berhadapan dengan pelbagai jenis manusia termasuk bos sendiri...hari-hari terpaksa berhadapan dengan situasi tempat kerja yang membosankan....mau sahaja berhenti tapi tetap terus bertahan..bertahan dan terus bertahan.

Kalau jodoh pertemuan telah ditentukanTuhan begitu juga dengan ajal maut...semua telah ditentukan oleh Nya...baru pagi tadi menerima panggilan yang memeranjat kan...kawan sekolah telah pun kembali kerahmatuallah kerana mengidap demam denggi bedarah...Al-Fatihah...salam takziah kepada ahli keluarga beliau..yang pergi tetep pergi, yang hidup ini harus lah sentiasa mengigati saat kematian...bila kah masa nya akan tiba??

sekali pun kita didatanggi dengan pelbagai dugaan yang maha hebat...hadapilah segalanya dengan kehebatan yang kita ada dengan tidak sekali-kali menyalah kan takdir yang telah ditentukan oleh nya.........

05 May 2011

~tak tau nak kata ape lagi~

dia: **** tanya mcm mane dengan ********* nye tu...dapat tak..
aku: dah tanya tapi tak de jawapan lagi...( aku tak tau nk ckp ape lagi).. sbb mmg aku tak tau,org tu tak ckp ape2 kat aku...( aku terang lagi) dulu kan dah cakap aku just tolong mana yang mampu...dapat ke tak dapat aku tak boleh nak janji..
dia: dulu cakap beria...
aku: mana ada aku beria..lagi dulu aku dah pesan jangan mengharap sangat...aku cuma mampu tolong jerk..dapat tak dapat bukan atas tangan aku..dah habis tolong dah....aku tak mampu nak berkata apa lagi....

huh...sangat2 tersepit..rasa mnyesal pun ada...aku kan dah bg tau awal2 dulu, aku tak janji...cuma mampu cakapkan and tolong mana yang mampu....jangan lah salah kan aku.....bukan nya aku nak jadi seperti orang yang cakap tak serupa bikin..bukan juga mahu menjadi orang yang beria tapi habuk pun tak ada.....tapi aku dah membantu sebaik mungkin....

andai takdir tidak memihak menetapkan salah seorang ahli keluarganya disini....bermakna lepas nie aku memang tak kan menjejakkan kaki kesana lagi...malu jika digelar sebagai orang yang cakap tak serupa bikin...tapi hakikatnya aku dah pun cuba membantu...terpulanglah.......

salam....

22 April 2011

~ tengok ape komen aku ~

nak jadikan cerita..baru-baru ni aku ada terbaca dekat laman sesawang muka buku...memang sakit hati dengan satu statment nie...aku rase macam nak bako-bako aje.....jum kite tengok sama-sama aku pulak nak komen pasal benda alah ni...memang ape kejadah nya dengan semua ini.....tajuk bende jadah ini 25 jenis perempuan yang lelaki nyampah!...ade aku kesah!!! bajet aku suke kat kau..hakhak...hambek!


1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril

= abis kalo jejantan yang colour rambut ala-ala burung belatok siap buat rambut ala2 gergaji tak de lak ko kesah...ingat pempuan suke...ckp cam tak de ilmu ko nie...


2. Kau pintal-pintal rambut kat public dengan lidah terjelir-jelir..kau nak jadi pornstar eh?

= y nie aku pun tak suke...huhuhu


3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..bodoh

= ape masalah ko...ader dia pinjam camre ko ke...suke nenek ko ckp org bodoh..ko lagi bodoh der..mulut mcm orang sampah.


4. Kau rasa comel bila kau type message 'ewww..jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T' macam shit kau tahu tak

= dah memang pempuan tu comel...ko jeles what the hell...dasar tak masuk dek akal...


5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying taek!

= y ko jakun sangat nape...biar ar lah kan nak snap2 pun..orang hapy2..tak mcm ko busuk hati...tak de penah nak nyusah kan ko...jadah nye ko nie..


6. Kau pakai baju nampak lurah tetek kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook 'nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh' Perosak bahasa sial.

=aku pun tak suke..tak de lah nak kate sial...ko lagi ar perosak bahasa..ckp orang pandai...selak diri tu sikit...kasi tengok..bagus sangat ke...


7. Annoying doh tengok kau peluk laki or balak kau dekat public or shopping complex..kalau sangap sangat g rumah tumpangan RM30/nett

= macam mane ko tau rm30/nett...ko pernah pergi ke...nampak sangat..bajet bagus tapi mkn diri sendiri.


8. Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak shape bontot kau yang jatuh tu..lagi-lagi kalau lepas duduk, terselit 'celapong' (celah ponggong a.k.a pungkoq)

= abis kalo jejantan yang pakai suar terlondeh sane sini..terkoyak sane sini...ape cer...yang tu ko ingat perempuan suke lar...pegi mati...


9. Macam shit bila kau tulis kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy..weh..asal time berak kau tak tulis sekali 'kitew tengah berak..syuke syuke ^__^'

= asal ko nak jeles sangat...dah ko tak de idea n pekara nak tulis..ko nak sebuk2 hal orang...elok campak dalam laut jerk ko nie..ape pun tak boleh..nyusahkan org...


10. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh 'I am Lesbian'

= macam lah jejantan tak pernah buat lak kan...nampak sangat ko nie lembap..ckp ikut sedap..


11. Nyampah tahu tak kalau kau tak reti bawak barang shopping sendiri..padahal 2 3 plastik je..tu pun nak suruh balak kau..balak kau nyampah ok..bukan suka pun

= ape yang ko susah sangat...sape dapat balak macam ko nie elok bunuh diri jerk...


12. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ada stalker kat kelas, kat office..konon kau tak tahu nak buat ape..ape doh perangai kau

= kwn dia tak de kisah pun..yang ko sebuk asal...org mcm ko mmg lah tak de kwn..sampah!


13. Kau bisik-bisik ngan member kau yang duduk semeja..padahal dekat meja tu tengah lepak 4 5 orang

= ape de hall...ko jerk yang buat semak..


15. Bila kau lepak ngan member yang hot stuff, hensem-hensem, kool, kau tak pulak nak tegur member kau yang pakai tudung serabai plus muka berminyak 'she's not my friends..please lah'

= tak de dah pempuan macam tu...lain lah ko..dengan hati ko yang busuk tu..tak mustahil lah ko yang buat...


16. Kau tenung-tenung mamat yang cam kool supaya mamat cam kool tu perasan kewujudan kau sambil buat muka tahi

= dari tenung muke orang yang jenis muke longkang same macam ko..bek tenung mamat cam cool tu kan...ade gak hasil...


17. Kau order makanan itu ini sebab gambar dekat menu cantik..tapi bila makan 3 4 sudu kau cakap tak sedap..lepas tu tak habis..lepas tu ngadu lapar..g makan kat tempat lain pulak..nak terajang muka kau siot

= bukan gune duit ko pun...ko pun bukan ada duit kan...jeles tu jangan lah nampak sangat...


18. Kau tak pandai buat tu, buat ni..tanak pegang tu, pegang ni..alasan kau kotor, jijik..habis sapa yang nak buat kan?

= ko ler buatkan..bukan ke ko hebat sangat..cakap nak lebat..ha amek!!


19. Pakai tudung, baju kurung, manis..dalam wayang, dalam kereta, huih....bukan main sandar-sandar, peluk-peluk, ramas-ramas..baik tak payah pakai tu semua..selalu nampak kat highway

= apa kaitan nye dengan baju y ko kata main tak payah..ni lah manusia jenis macam ko nie...sikit punya hal..ko babitkan semua...cam haramm..


20. Kau cerewet..kena buat semua benda macam kau nak..kalau tak sama macam kau nak, kau angin, kau merajuk, kau marah..cuba kalau kau buat kerja yang orang cerewet macam kau..muncung je mulut kau

= ko nie baru turun ke bumi ke ape...dah perempuan nama nya pun...ko lain lah boleh tangkap muat jerk...orang macam ko nie ape ade hal...asal boleh jerk..


21. Kau merajuk ngan mak kau, kau merajuk ngan bapak kau, pakwe pun buat taek ngan kau..kau ngamok, marah, benci & merajuk..last-last kau decide kau bunuh diri..terjun dr bumbung Pavi..tapi tak mati pun..silap-silap kena buang keluarga..lagi shit hidup kau

= biasa lah perempuan...kalo dah semua hati kering macam ko..siapa lak nak jadi perempuan...ape masalah nye dengan kau nie kan..


22. Lepak ngan sekutu gediks kau ketawa kuat kuat, buat onar..masing masing dressed up fancy nak mampos. Skali awek pakai tudung litup melintas korang pakat usya atas bawah atas bawah ramai2. pandangan jijik like 'eww she dont have style..yucks' emang gud gud la kau

=tak de dah mcm tu lagi pempuan sekarang...len lah orang yang macam ko nie perangai macam beruk dalam longkang..


23. Mekap tebal ala ala mak ayam..atas mata tu dah macam pelangi..tambah plak bulu mata palsu..klip pah kip pah mata tu dah macam berus cat..kelopak mata tak larat nak angkat..cam sial.. satu level ngan bapok belakang lorong haji taib..

=ape de kuno sangat ko nie..tak up 2 date langsung...ingat nie zaman logam ke...


24. Pakai baju sikit lagi nak 6pak puting..lengan himpit tetek bagi terkepit..konon nak bagi nampak lurah lebih menonjol pastuh snap gamba dari atas supaya nampak yg dalam baju tu... buat pulak muka bersyahwat sambil lidah

terkeluar.. what the hell..saje menambah bilangan owang laki masuk narakka jahanam

= yang nie aku setuju lah jugak..tapi yeke laki tak suke..


25. Kau buat facebook ni macam medan memperagakan diri..kau upload beribu ribu gamba muka kau je sampai 10 album.. bila ade org puji kau jawab 'ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew' nyampah siot

=habis kalo jawab i memang comel pun..yang nie ko nak kate ape lak...cakap biar ler ikut logik..bukan mcm ko ckp sume macam taik..


selesai sudah...tu lah, kalau jadi manusia ni kena lah fikir sikit...cakap jangan men ikut sedap ajerkk...kalau dah sikap perempuan sama jerk macam lelaki..baik tak payah ada perempuan dalam dunia ini...sendiri boleh fikir lah kan......

19 April 2011

~ mudah sangat menilai orang lain~

pagi-pagi lagi dah makan belog..hakhak....tak apa asal aku berada dalam keadaan yang kenyang selepas dok mengadap belog aku ini...sebelum memulakan sebarang kenyataan sila lah patah-patah kan jari jemari anda sehingga mengeluarkan bunyi letup-letup....

aku sekarang nak bebel pasal manusia,, biasa lah ada orang yang suka menilai terlebih dahulu sebelum tahu cerita sebenar...termasuk lah aku sendiri...nama pun manusia kan...dah menjadi lumrah sifat...tapi tak lah semua orang pun macam tu..ada jugak yang baik-baik...

bila dah masuk zon duk men tangkap jarang jerk fikir pasal seseorang tanpa soal siasat..mula lah macam-macam cerita yang ditafsirkan dalam kepala hutak tu...dan bila dah tau cerita sebenar...ha amek ko..melopong mulut...time tu apa pun tak boleh..kalo tak terlopong mulut...di lopong-lopong kan jugak..nek terkoyak mulut ha...tu lah kan dah cakap jangan men tibai jerk pikir pasal orang lain...hahahha...sekarang padan muke....

cakap siang pandang2...cakap mlm? ...huhuhu...( ada kaitan ke dengan cite aku nie)

~ kadang-kadang kita tak perasan apa yang kita lakukan itu nampak gedik~

sambil mengaru-garu kepala yang tak gatal ni...aku nak mula mengatur ayat untuk entry kali nie...sambil-sambil menaip fikir sekali lah tajuk yang paling sesuai and paling ngam dengan entry ini....tak pe tu belakang kira...yang penting cer cite dulu...paling penting disini TIADA KAITAN DENGAN YANG MASIH HIDUP....

apa pandangan pembaca-pembaca belog semua bila mana seorang perempuan tiap-tiap minggu bertandang kerumah keluarga Bf dia...sesuai tak rasa-rasanya....sesuai ke? tak rasa pelik ke? berbeza dengan lelaki yang tiap2 minggu bertandang ke rumah family Gf nya.. aku rasa yang tu tak ada masalah...tak lah nampak sangat ke tak manisan nya tu..hohoho

lain orang lain pendapatnya...so kat sini aku cuma nak nyatakan pendapat aku sendiri...memanglah kadang-kadang family sebelah Bf memang tak kisah kalo gf dia tiap-tiap minggu bertandang...tapi sebagai perempuan aku rasa patut fikir semula isu ini...bukan ke nampak tak manis kalo dah tiap-tiap minggu membontot ikut bf balik..bukan dah kawin kan...so....pandai-pandailah nak fikir kan... awak tu masih bergelar perempuan dan tahu manis tak manis tindakan yang dilakukan tu...

kalo sekali sekala datang duk seminggu ke tak pe lah jugak..abis kalau dah tiap-tiap minggu??...gedik lah pulak aku rasa...itu apa yang aku rasa lah kan...walau macam mana rapat sekali pun jangan lah melampau...hohoho...pelik-pelik....tak terfikir ke..tah-tah family lelaki tu nak jugak berkumpul anak beranak sekali sekala..mesti ada isu yang nak dibincangkan atau diguraukan sesama ahli keluarga then pergi habiskan mase sama-sama ke...abis kalo kau dah asik terconggok kat situ what the hell........itu pun tak boleh nak fikir ke....dunia-dunia...

tapi aku tekan kan kat sini....ini cuma pandangan aku sebagai seorang perempuan...lain orang kan lain pemikirannya....so renung-renungkan lah ye wahai kaum hawa.....orang selalu kata kalau dekat bau busuk selalu jerk ada tapi kalo jauh wangi ajar........



16 April 2011

~ceritera sang gadis~


kepuasan!!! dalam hidup ini semuanya nak kan kepuasan..selagi tak puas selagi itu lah ada yang tak kena..kan..kan...ini berlaku tak kira sama ada pada sang jejaka mahupun sang gadis...tapi yang ni aku nak cerita dan kongsi sesuatu berkaitan dengan gadis..memandangkan aku sendiri gadis dan tentu sekali lebih memahami kaum yang sejenis dengan aku ini..

last week baru jerk cerita benda alah ni dengan kawan aku...kongsi pendapat masing-masing..dan ternyata kami adalah dari jenis golongan yang sama pendapat...apa aku merepek meraban ni....isu yang nak disampaikan tak kuar-kuar jugak..lantak! ada aku kesah..hahaha

korang pernah tak rasa perasaan jeles yang tak bertempat...seyes memang langsung tak bertempat... sipi-sipi pun tak ada yang kena...maksud aku macam ni...korang rasa jeles pada orang yang bukan bf korang, bukan jugak suami korang cuma kawan dan mungkin kawan tapi mesra..apa kejadahnya perasaan jenis ini..hahaha..langsung tak masuk akal...tapi ini lah yang berlaku dalam kehidupan sesetengah kaum hawa...

situasinya aku create sendiri nak bagi lebih jelas..hukhuk...korang mesti ada kawan dari jenis kaum adam kan..yang nie aku sure punya lah kan..but the same time boleh pulak tersuka kat dia even tak suka pun tapi korang rapat....dan bila dia cite pasal gurl lain depan korang..mula lah korang nak melenting, jeles tak tentu pasal...padahal tak de kaitan pun nak jeles...nak jeles untuk ape kan..bukannya dia nie Bf korang pun...lantak dia lah nak ader gf pun kan...tapi korang yang dah ader bf ni tetap nak jelas...hahaha...situasi yang tak boleh nak handle..perasaan datang dengan sendiri...jeng..jeng..jeng...

kita ada bf tak apa lah pulak...dia nak ada gf kita nak marah2..nak jeles2..tapi yang paling penting kaum hawa nie pandai cover tak tunjuk sangat jeles n tak suka bila mamat ni sebut pasal gurl lain..hahaha....nak kata korang nk couple dgn dia korang memang dari awal lagi tanak dan mungkin jugak nak tapi tak boleh..memang tak boleh nak bercinton dengan dia nie.....tapi tu lah yang terjadi...tak suka kalau dia ada kawan perempuan lain selain korang...perempuan nie memang macam tu...bila masuk jerk zon yang melibatkan perasaan memang selalunya tamak...kan..kan..pernah rasa kan situasi macam nie kan...jangan tak ngaku ye..hahahahah....

sekian sahaja untuk sesi ini.....


~ sesi mencarut~ hak hak...

girls and carut mencarut tak boleh jalan seiring....apa yang aku cuba sampaikan ini tidak ada kaitan antara hidup dengan yang sudah meninggal..sekadar syarahan di waktu tengahari..bila mana letaknya sesi carut mencarut dengan seorang perempuan....ada ke?

try tgk sesuai tak?

bila korang tengok seorang girls yang cantik, sopan dan ayu ala-ala ayu raudhah bila dia mengenakan tudung dikepala then at the same time korang dengar dia mencarut...memang conform lah kan hilang terus pandangan kita tentang keayuan serta kecantikan pada girls tu....that i call perempuan dan mencarut tak boleh jalan seiring..

seterusnya bila korang pandang girls yang bertudung labuh, berlitup sopan....tiba-tiba tanpa korang jangka telah mencarut...mak ai kes nie lagi lah tak kena kan...terlopong mulut mendengarnya....apa kejadahnya dengan gurls ni.....ish2 kes yang nie memang tak boleh blar la wey...sangat2 tak sesuai dengan penampilan yang dibawa....sekali lagi aku nyatakan girls dan mencarut tidak boleh jalan seiring...


kali nie bila korang ternampak girls yang biasa-biasa sahaja macam kita-kita ni....dan macam biasalah kan bila nak marah sangat sesi mencarut pun tersembul keluar dari mulut..so apa pandangan korang...dan aku masih merasakan yang sama bahawa perempuan dan mencarut tak bioleh jalan seiring...walaupun dia biasa-biasa sahaja orang nya...tapi still lagi gurls...

conclusion nya adalah...aku rasa semua ni terjadi kadang-kadang tanpa disedari..perasaan marah amat mendorong seseorang itu untuk berada di zon carut mencarut...tapi semua ini boleh dikawal dari awal lagi....selamat beramal...

vrommmmmmmmmmmmm..............


~lepas geram~


Today i just want to say " jangan menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan tegak" but the truly is....................................

i think all of u already know what i means.......that all.....

09 April 2011

~ mencari pasangan biarlah sekufu~

"DUDUK sama rendah, berdiri sama tinggi', 'Sama cantik sama padan' dan `Bagai pinang dibelah dua".

Itulah kepelbagaian ungkapan yang sering benar diucapkan apabila hendak memuji kecantikan dan ketampanan sepasang pengantin baru. Luahan perasaan sebegini jelas membuktikan naluri kita sebagai manusia yang gemar kepada keindahan, dan menolak sesuatu yang tidak sepadan atau tidak secocok.

Apatah lagi, perkahwinan merupakan ikatan perjanjian dua orang insan untuk berkongsi segalanya dalam menempuh kehidupan berumah tangga, yang mengharapkannya kekal sepanjang hayat.

Lantaran itu, sebaiknya kedua-duanya setaraf dalam banyak hal supaya rumah tangga yang akan diharungi lebih mudah dilayari. Kesesuaian atau sefahaman dalam memilih suami mahupun isteri, merupakan asas dalam membina keluarga Muslim.

Kesesuaian bukan sahaja dinilai dari aspek kedudukan, harta kekayaan dan pendidikan akan tetapi kesamaan atau sefahaman dalam agama turut diambil kira di dalam Islam.

Firman Allah s.w.t. bermaksud: "Hai manusia, se-sungguhnya Kami ciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal". (Al-Hujarat: 13)

~polka's night~


ko orang pernah diraikan? mesti pernahkan..semalam bermula lah slot..meraikan final year di blok bijaksana kolej pendeta zaba... walaupun majlisnya tak diraikan di hotel2 yang ada or tak ada star...itu bukan ukurannya...yang penting kami rasa dihargai dan hapy...

walaupun demam aku gagah kan jugak untuk sertai majlis polka's night ni..dan ia nya ternyata berbaloi-baloi...

jutaan terima kasih kepada junior-junior yang dah bertungkus lu
mus untuk majlis malam tadi...terima kasih yang tak terhingga dari kami final year....



05 April 2011

~slot berangan bersama FYP~

kan best and bahagianya hidup kalau ada yang rindukan kita dan kita jugak sama-sama merasakan yang sama...rindu dia jugak...dan bila rindu mesti lah ada istilah nak jumpakan...

so kan best kalau ada ayat-ayat yang berbunyi begini...

" dia : rindu rindu kat dia
anda : rindu kat dia jugak...kalo rindu datang lah sini
dia : jap lagi i datang ea...
anda : ok... datang tau...
dia : ok tunggu jap tau "

dan yang paling tak best bila berada di situasi yang kedua nie...bila kite rindu kat seseorang dan dia jugak rasa yang sama...tapi................

" dia : saya rindu awak
anda : rindu awak jugak. bila nak datang sini
dia : ermmm..minggu nie busy sangat...( menerangkan itu dan ini dan dot..dot )
nanti cari masa yang sesuai ea.
anda : ermmm yelah ( dengan perasaan yang hampa n keciwa)

sekira nya anda berada disituasi ini dinasihatkan untuk terus bersabar walau pun keciwa....lagi sakit kalo dah janji nak datang tapi last2....cancel....jiwa tertekan....hehehehe...besabar jelah...

17 March 2011

~ aku yang bersalah~

hidung telah tersumbat dengan cecair....mata aku langsung tak boleh dipejam...sisa air masih berbaki dikelopak.....

dalam fikiran ada persoalan yang sedang tertanya-tanya....adakah aku akan ditinggalkan...? atau aku tak ditinggalkan tapi tak ada lagi rasa percaya.....sedihnya aku rasa...

~nasi sudah menjadi bubur~

manusia acap kali melakukan kesalahan...termasuk lah diri aku sendiri...saat insan tersayang meluahkan rasa kecewa dengan sikap aku...aku mulai sedar bertapa berdosanya aku kerana mengkhianati perasaan dia...

dosanya aku kerana telah melukakan hati nya...aku telah melakukan penipuan!,penipuan!,penipuan!....ya sesuatu yang aku sendiri tak suka bila terjadi pada diri aku....penyesalan mula beraja dalam diri...saat ini Tuhan sahaja yang tau perasaan aku....aku merupakan pesalah yang perlu dihukum.....kalau aku ditempat dia...aku pasti akan kecewa juga..

aku menyesal kerana telah bertindak sebegitu....mengkhianati kepercayaan dia...aku tau sudah tidak ada lagi kepercayaan pada aku selepas ini dan seterusnya...mungkin ini hukuman atas apa yang telah aku lakukan....kesilapan yang aku lakukan kini memakan diri aku sendiri....

AKU MOHON AMPUN DAN MAAF ATAS KESALAHAN YANG TELAH AKU LAKUKAN...TAK SEPATUTNYA AKU BUAT SEMUA INI...MEMANG SALAH AKU.....=(

Tuhan itu kalau nak tunjuk apa yang kita buat itu salah sekejap sahaja.....semua pasti tebongkar...
andai waktu boleh diputar semula............................................................

11 March 2011

~ with creamo~

ok...hari ni aku memang sangat-sangat kurang kerja (padahal bukan men banyak lagi keja aku). dan bila aku dah rasa macam kurang kerja...aku pun on crystal eye aku n snap picture bersama creamo...biskut yang ala-ala oreo gitu...tapi oreo mahal sangat...jadi aku beli y ala2 jerk..

hari ni hari sabtu..dan macam biasalah student macam aku nie akan malas nak kuar beli nasi...jadi stok2 biskut macam nie lah yang akan menjadi teman setia kepada aku untuk ujung2 minggu macam nie...ni lah bfast, n ni lah lunch aku.....

memang tak mengenyangkan tapi aku akan pastikan aku makan banyak-banyak...so kenyanggg...dilengkapi dengan milo 3 in 1....

sekian sahaja......

~si nokia yang teburai~

hahahha...hari yang kurang tenang...tapi aku masih boleh gelak sebab gelak aku nie memang kategori tak ikhlas...yes! aku telah berjaya gelak walaupun tak ikhlas...someone telah berjaya buat aku naik syeikh....ye sekali lagi aku naik syeikh!....again n again.....

n 1st time in my life...aku telah membesing! membaling! hp aku...dengan gaya yang sangat kacak aku baling hp aku sampai terburai...ini semua gara2 tak berjaya mengawal tahap kesabaran aku....hahaha...sekali lagi aku gelak...gelak yang tak de makna....

walaupun hp aku yang teburai tu terus tak mengeluarkan sebarang nada bunyi...sound dah rosak kot....tapi aku sangat puas!..tapi sian hp tu dia tak besalah pun..hahaha...nasib baik bkn hp iphone...ngeh3

p/s: jgn sekali2 baling hp anda...kalo dah rosak mcm aku nie..tak pasal2 kuar duit nak betulkan..

10 March 2011

~bila ketabahan teruji~

untuk sekian kali nya...aku mengalirkan air mata dek kerana final year projek nie (FYP)..aku rasa sangat-sangat tension....lepas jumpa supervisor aku terus down...semua yang aku buat semua tak kena...aku rasa sangat2 tak de semangat sekarang ini untuk habiskan digree aku...aku dah mula rasa nak pasrah sahaja...apa nak jadi...jadi lah...

tak tertanggung rasanya dengan FYP nie...aku rasa sangat2 tak berdaya dah sekarang ni...apa yang aku nak buat ni....semakin hari aku semakin tak faham...tensionn sangat2....tahap ketahanan jiwa n perasaan aku sedang teruji!!!

apa yang aku harapkan langsung tak memberikan apa-apa....aku rasa sangat2 kecewa....mahu saja aku menamatkan nya setakat disini.........cukup setakat disini dan aku sudah mula ingin mengaku kalah...

~when?~








haaa..when cik violet busan ditahap kritikal...so terjadilah gambar2 yang tah ape2 nie...layan jelah korang sume...zasss...

06 March 2011

~ hai lah kain~


semalam aku pergi kenduri kawen kat Melaka Perdana...majlis orang Melaka tak banyak beza dengan tempat aku...jadi aku tak lah nampak macam kera mendapat bunga tengok orang-orang disana...hoho....kali pertama pergi majlis kawin dengan family cik Aimy Najiah....

oleh kerana aku tak de baju kurung nak sarung time tu...aku sebat jelah baju dak amy nie...malang nya tak sesaiz...hahaha...baju ok lagi...tapi tang kain...aku berusaha mengepin kain tu....memang agak sopan lah aku jalan semalam tu..takut kain tercabut...sepanjang jalan aku dok kepit kain tu...kang kalo aku wat tak reti jerk...ada yang meriah majlis orang tu dengan kehadiran aku......jadi perhatian lak t...siap masuk surat khabar...."kain tercabut didepan khalayak"... perh memang best....hahahah

pada Aimy Najiah akk pinjam baju kurung hang semalam...ibu ajak g kenduri akk pun men sebat jelah baju hang....sory lupa nak bagi tau..hoho...lagi satu oleh kerana pagi nie balik awal jadi tak sempat nak basuh baju tu...hehehe...nanti basuh kan ye amy...ngeh2...len kali leh pinjam lagi....

01 March 2011

~sama tapi tak serupa~

look at d pic. carefully...adakah kesemua gambar diatas merupakan orang y sama?????jeng...jeng.... ok...nampak tak persamaan antara kami...kat mana y kelihatan agak sama...

actually..ada member aku nie..dikenali sebagai...en.rambut panjang itu aku...last week dia pergi birtday party anak kwn dia...so dia pun teks aku then cakap dia nampak ada someone kat birthay party tu y seiras muke macam aku...gelabah lah aku bile ada aku numb 2...hehehhe....so dia pun take pic dak nie....tu yang duk kat tengah2 tu lah orang nye...hehhehe...same tak kami???

so my friends pun tengok sama pic nie...then say..." erkkk...mane sama...may b cara pakai tudung yang buat kita orang nampak same" ok fine....sekarang aku dah jumpe orang seiras dengan aku..hehhehe...so sekarang tinggal lagi 6 orang perlu dicari coz ada orang kata kita ada 7 orang yang muka same macam kita dalam dunia nie......true or not?...dont know....

from todayyyy...aku akan tunggu 6 lagi kembar aku....sape2 yang terjumpe tu..leh lah tangkap gambar then pas kat aku..

24 February 2011

~tua/ muda~

ramai orang kata kalo bercinta dengan guys yang dah berusia.....so u can get percintaan yang romantik 1st, second percintaan yang membahagiakan....mean dia org akan lebih sayang kan kita berbanding guys2 yang usia lebih kurang kita....apa kelebihan yang diorang ada sampai ramai sangat orang yang mengiya kan nya...ermmm...tapi kalo tak sedap mata memandang...pun boleh bahagia ke dengan lelaki y macam nie.....mengikut apa yang aku dengar lelaki berusia ni lebih memahami, lebih take care, lebih ermmmm serba serbi lah lebih....is it true???..dont know...

tapi macam mana pulak kalo kita gurl nie yang lebih berusia dari guys yang bercinta dengan kita tu.....so tak kan dapat semua kebahagian tu ke????? ermmm....tapi aku sedang memperolehinya,,,=)

the conclusion is.....4 me bercinta dengan sape2 pun same jerk...janji dua2 ade give n take....so koorang akan dapat happy ending....


reject!

what have to do if your love kena reject.., dan aku rasa statment ni selalu terkena pada sang jejaka...this is because lelaki yang selalu nya akan meluahkan terlebih dahulu perasaan dia pada si gadis right? dan bila cinta mereka ditolak that is i call love kene reject....tak semua orang pernah alami peristiwa bersejarah macam ini kan...so that why pada mereka2 yang pernah kena reject...please think positive ok....dont give up!..tak semua yang kita hajati tu akan kita perolehi even kita dah berusaha bersungguh2 sekali pun because love is something yang berkaitan dengan hati n of course tak boleh dipaksa-paksa...

so...the issue is what have to do?....ok sometimes ada jejaka kat luar sana yang hati nya lembut macam lengkung like gurl...tak salah ok because who are u??, askar ke...pegawai bank ke.... u are still ader hati dan perasaan ok...i'm very2 understand about that....aku pun ada member lelaki...dan ada antara diorang nie bila dah kene reject mula lah tak lalu makan , tak nak becakap......even dengan kawan2 rapat pun lebih suka diam kan diri....jadi aku rasa sangat2 tak adil ok...nak sedih sememangnya tak salah....but make sure apa yang ko buat tu berbaloi dengan apa yang ko dapat...berbaloi ke kalo ko besedih then gurl tu bersuka2....aku rase sume orang boleh fikirkan...

so when u dah kene reject sila jangan dengar lagu-lagu yang menyedihkan...lagu2 yang mendayu....pastu siap remember balik kenangan silam korang tu...kalo dah macam tu macam mana nak lupakan si gadis tu right....renung2 kan lah ye....


p/s: ditujukan bukan untuk sesiapa...sekadar renungan bersama...


21 February 2011

~ drama korea~

sekarang nie cik violet sedang asik dengan cerita korea cik violet...tajuk dia my princess...cerita nie memang bikin cik violet tak lapar ,tak mandi....duk lah ngadap lapy nie sampai puas tengok cerita tu...ini semua gara2 rumate cik violet...dia lah yang bertanggungjawab memperkenalkan cik violet dengan cerita nie...

kalo tengok cerita nie...cok violet salu jerk lah berangan nak wat muke2 comel cam heroin drama korea nie...tapi memang tak dpat lah kan...setakat berangan jerk boleh....

tapi sayangnya cerita tu belum habis dwld lagi...so kene tunggu dan tunggu untuk episod seterusnya...so pada rakan2 semua yang nak follow cerita nie boleh lah g klik disini.....@

~monolog~

dah senja-senja kala nie ada saja pekara2 bermain dalam kepala cik violet nie...lepas satu-satu...tapi ok jugak sebab kalo tak ada fikir apa-apa maknanya kosong lah cik violet punya blog nie...

yang sebenarnya cik violet tak suka dia aktiv dengan VB dia tu...kan elok kalo just main waktu petang2 aje..tak payah lah nak aktiv sangat... kejap-kejap training...kejap-kejap training...pastu dah leteh tido...keje buat sampai lewat pagi...g kelas ngantuk....tu yang marah sangat tu time dia aktiv...bengang pun ye jugak...pasl gulr2 pun ye jugak...kalo dapat memamg nak suh dia berhenti aktiv...~~~~haish...

kesimpulannya memang cik violet tak suka lah...sangat-sangat tak suka...tapi nak buat macam mana dah itu minat dia...rasa tak senang nie terpaksa lah sorok jauh2....pendam ajelah mana yang tak puas hati tu.....kang cakap lebih-lebih kang gaduh pulak....