09 January 2014

KIPAS PUNYA HAL!

Assalamualaikum..

Bermula lah tahun 2014....apa pula yang akan terjadi untuk tahun ini sama-sama lah kita tunggu dan lihat serta hadapi dengan penuh redha...wah gitu..

entry kali ni aku nk cerita pasal tuan rumah sewa yang taik hidung masin! nasib lah aku tak ada rumah sewa yang lain kalau tidak dah lama aku pindah! wah! mula2 masuk bukan main baik lagi ko kan! dah lah sewa mahal rm 550 ok! alor gajah je pun..itu pun tak boleh nak toleransi.....

Nak dijadikan cerita satu hari rumah yang aku sewa ni suis dan kipas dekat bahagian ruang tamu rosak...suami aku ni pun call lah tuan rumah cakap nak baiki dan tolak duit sewa rumah...macam biasa lah kan...tak kan aku pulak yang nak tanggung kerosakan rumah dia...lain lah rumah tu rumah baru..tah2 benda tu memang dah lama nak rosak tinggal tunggu masa je nak terus tak berfungsi...boleh tuan rumah tu cakap "saya baru pasang kipas tu kalau nak tukar atas urusan sendiri tak boleh tolak sewa...habis suis tu ko baru tukar jugak ke!..padahal kami ni x penah lewat bayar sewa..tu pun nak berkira sangat.mentang-mentang lah aku belum mampu beli rumah sendiri.

sejak dari peristiwa tu aku dengan suami nekad untuk beli rumah sendiri, sebab aku rasa sangat ditindas..last2 2014 loan rumah kami telah lulus dan rumah akan siap 2015..puas hati aku!

sekian,

MIRACLE...

Assalamualaikum..

Syukur kehadirat ilahi doa kami akhirnya termakbul!! bermulalah episod baru dalam kehidupan aku...setelah 9 bulan diijabkabulkan akhirnya penantian kami berakhir dengan sebuah berita yang menggembirakan...ko ngandung cik jah!....syukur....dan sekarang dah masuk 16 minggu (4bulan) mau tak gembira...aku nak jadi mummy dah...=) tapi sebelum sah aku hamil akak sulung aku ada mimpi yang aku tengah ngandung..seminggu lepas tu aku cek mimpi dia jadi kenyataan....

cerita pertama :
dah lambat dari tarikh period ni...tapi malas nak berharap..kalau dah malas nak berharap tu tak adanya lah aku nk pergi bazir duit beli ujian kehamilan tu...padahal hati ni bukan main mengharap mulut aje kata lain..perempuan kata nya...ada lah lewat dalam 7 hari...bagi tau suami, dia pulak kata tunggu lewat 10 hari baru cek...ikut lah kata suami ni ha..baik kan aku..ok dah masuk 10 hari! lunch pergi guardian beli ujian kehamilan...esoknya subuh2 aku dah bangun semangat nak cek...tebuntang mata aku tengok ada 2 line....ok buat slumber pergi kejut bagi tau suami...dia pulak mamai senyum dan terus tido semula....sakit hati mak!....ingat nak peluk cium ke ape...lepas pegi kerja baru dia sedar dari mimpi...pui! pending lama sangat...malas lah nak cita adegan romantik pastukan....=)...untuk memastikan yang betul ke ada baby dalam perut ni aku g klinik cek dan scan...nampak lah si kenit dalam rahim aku...7 minggu usianya...duk diam2 tau..baru lah aku percaya yang aku memang nak jadi mummy dah....senyum sepanjang hari...

cerita kedua :
bulan pertama aku cergas bukan main..langsung tak ada sintom-sintom alahan..sampai kadang-kadang lupa yang aku sedang berbadan dua...masuk bulan kedua dan seterusnya dia datang dahhh...aku mula lembik...asik nak membuta aja...semua jenis bauan aku tak boleh temasuk bau suami aku...makan tak lalu sampai lah sekarang. berat makin menurun...dari 43 jadi 42...makanan yang paling aku alah ayam masak kicap dengan nasi...jadi dah 2 bulan aku x makan nasi...masak? usah cerita aku langsung tak ke dapur..suami makan kat luar lah ye...cerita pasal muntah-muntah pulak...masa bulan kedua tiap2 masa nak muntah tapi sekarang muntah hanya waktu malam dan bila perut kosong..satu dugaan yang paling akan aku ingat sampai bila-bila tiap-tiap malam aku akan sakit perut...Allah jerk yang tahu...jadi sepanjang tempoh 4 bulan ni suami lah yang banyak menanggung segala kerenah aku...terangak itu teragak ini tapi bila dibeli makan sesudu aje..nasiblah...nak tau sapa yang turut mabuk sama macam aku? biasa orang kata suami akan dapat tempias tapi tang aku abah aku yang mabuk...sian dia..lembik,muntah,tak boleh bau-bau sama macam aku...sama-sama lah kita abah ye...

banyak nak cerita sebenarnya tapi kang penuh pulak...jadi aku stop dekat sini nanti sambung untuk cerita ketiga.

sekian,

KINI SUDAH KEMBALI

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama akhirnya dapat jugak aku kembali menulis dalam blog kesayangan aku ni...
almaklumlah latop yang sedia berkhidmat sejak di Universiti asik rosak dan hari ni baru lah dia kembali untuk berkhidmat kepada tuannya ni...heaven sangat bila dapat menaip semula dengan latop sendiri...

setelah sekian lama tinggal kan blog ni ada beberapa cerita yang nak aku coret dan kongsikan. Mana yang boleh dijadikan sebagai panduan sama-sama lah kita amalkan lain-lain tu mungkin tak lari dari kisah hidup aku.

selamat kembali kedunia bloger wahai Norhana.