25 January 2011

~segmen motivasi~

search punya search...aku terjumpa sesutau yang memberi manfaat pada kita semua...jadi bila aku rasa benda ni boleh membantu...dengan senang hatinya aku post disi....mari sama2 baca dan praktikkannya....selamat mencuba =)...

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.

Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.

Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.


1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi

Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.

Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.

Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?

3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati

Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, “Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ”. Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.


4. Soal Diri Dengan Soalan Positif

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:

Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?

Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.

5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak ‘standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak ‘standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula. Tidak ‘standard’ lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak ‘standard’ lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.

Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ‘standard’ baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.

Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam ‘standard’ yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung ‘standard’ tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.

Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.


~menstruate~

betul ke orang kata masalah senggugut boleh baik selepas berumahtangga....fakta atau auta???ermmm...saya pun tak dapat nak mengesahkan pekara ni...kalo fakta alangkah bagusnya...tapi kalo auta???? sampai bila nak tanggung masalah ni ye...sebagai seorang perempuan yang sudah dewasa...saya juga mengalami masalah yang sama...sakitnya tuhan sahaja yang tahu...macam2 petua dah saya amalkan..tapi langsung tak berkesan...yang berkesannya telan sahaja panadol bergilin-gilin...hehehhe...pasti selesai...tapi kesannya???? tak tau??? bahaya atau tidak???pun saya tak tahu...janjinya tak sakit lagi....

kalo sekadar sakit tak apa...tapi ada yang mengalami gejala seperti muntah, pening2, lagi dasyat dari ini pun ada...sampai pengsan2...lalalalalala...

apa solution terbaik untuk menyelesaikan masalah ini???ada sape2 tahu...mari mebantu kaum hawa yang terseksa dengan masalah ini.....

24 January 2011

~al kisah~

isu hari ini agak hot sikit...bukan apa..hot sebab..today! bukan esok bukan lusa tapi HARI INI....ya...hari yang akan mencatatkan sejarah dimana saya akan mencatatkan satu nama yang tak diundang ini untuk pertama kalinya dalam blog saya....saya tak peduli! langsung tak kira...apa nak jadi..jadi lah saya nak jugak mention satu nama gurl nie..jeng..jeng...tapi harap bersabar...nama itu akan tersiar di penghujung ayat saya nanti...keh...keh...tungguuuu....

entry kali nie saya nak berkongsi pada anda semua sesuatu hal yang kita kadang-kadang tak perasan akan menggundang bencana...ada yang meroyan lagi tu....uishh...danger nie..hohoh..sabar2..tak habis cerita lagi...semalam sebulm clas bermula Dr.saya telah memberikan tazkirah dan pesanan....disebalik pesanan dia tu..ada banyak betulnya...lagi2 bila dah terkena batang hidung sendiri kan....pesanan nya berbunyi begini...

" awak semua...tak kiralah yang dah kawin ke...yang sedang dilamun cinta ke...atau apa sahajalahkan yang berkaitan n sewaktu dengannya...sekiranya...ye!..seeekiraannya...berlaku salah faham atau pergaduhan dengan pasangan atau masalah sekalipun...jangan sekali2 mengadu atau menceritakan masalah tersebut kepada orang lain...dan!!! yang paling penting jangan suka nak mengadu nasib dengan meraka2 yang berlainan jantina dengan anda....tak kiralah siapa pun dia...kawan baik...bekas kekasih..BEKAS KEKASIH!!! atau apa2 sekalipun hubungan dia dengan anda...kerana ini akan menimbulkan lagi banyak masalah...lelaki dan perempuan ni mempuyai daya tarikan yang lain daripada yang lain...sangat bahaya...terutama bersangkut paut dengan hati dan perasaan....diluar sana berapa ramai yang rosak binasa hubungan mereka bila pekara2 seperti ini berlaku...walhal pakar kaunseling pun ramai yang jatuh hati pada pesakit mereka yang berbeza jantinanya....jadi anda harus mengambil perhatian tentang ini..."

ha~~...lebih kurang macam tu lah Dr. saya berikan tazkirah dan nasihat....pap!!!..tengok dah terkena batang hidung sendiri...mana tak nya...perkara yang disebut oleh Dr. saya berlaku beberapa hari lepas kepada saya..

so...kepada wan ***** !!!!! sila berhati2 dengan tindakan anda yang nak cerita segala perkara masalah kepada ***** ye!!! saya tak suka!!!...heboh nak cerita ngadu nasib kononnya....tlg lah nyah...tak kuasa...gf jenis apa anda nie ..masalah dengan laki anda pun nk ngadu dgn orang lain...bekas xbf lak tu...tak malu ke muke anda.....ke ada maksud lain...sbb baris2 ayat anda ada unsur ngada2 disitu...ada juga unsur2 nak mintak perhatian...nak contoh? meh akk bg contoh ye ayat anda yang kurang sopan itu...balik2 ulang benda y sama...ulang...ulang lagi..ulang lagi...." nanti kalo balik malaysia i soorang2 sunyi, semua benda kena buat sorang" kalo dah asik ulang ayat yang same 24 jam WTH.....kenapa? anda pikir anda ulang2 ayat tu...saya selaku penyamar kepada si dia nak jawab " i kan ada..apa nak takut...balik jelah"..pegi jahanam!!!owhhh...4 your information....anda sedang berchat dgn saya ketika itu...bukan dengan dia...(padan muke ko!!!) .....bukan saya tak bagi anda untuk berhubung dengan dia....tapi cara anda tu meloyakan....jangan sampai saya tak bagi terus berhubung ye...faham!!!!..

hehehe...puas hati aku...pat luah kan kat sini.....walaupun tak pat luah kat tuan punya diri...saya masih berfikiran waras...masih mahu menjaga air muka orang lain walaupun hati sakit sebenarnya....kan diam itu lebih baik dari berkata2...

testing2...

~Ayu Raudhah dan Zakuan~

selamat pagi !pagi2 lagi pakcik tukang kebun nie dah mesin rumput....tak dapat aku nak tidor lame2 sikit...bukan ape sound mesin dia bukan main kuat lagi...menganggu aku yang sedang diulit mimpi...haish tak boleh jadi macam ni...tak boleh nak tidor dah...jawapan nya kena lah bangun cik violet oit......hari dah meninggi...tak elok masih diulit mimpi...

ha! bila aku dah bangun...ini lah hasilnya...comel ayu raudhah...nasib baik nama dia ayu.....memang ayu lah jawapannye...jum2 layannn....








~salin kulit~

wahhh....saya sudah bertukar wajah...sempena tahun baru ini...so blog saya pun menjadi baru jugak...salin kulit...wehehehe...suka...suka....suka...sangat suka
kali nie tema hitam putih menjadi pilihan..... tetapi diselitkan sedikit unsur2 pink...supaya blog tidak kelihatan suram sangat...
so ape komen anda....huhuhuhu

Black & Meet Uncle Hussain - Drama King

Black & Meet Uncle Hussain - Drama King

Kali pertama
Aku mengenalimu
Mahu bersama X2
Raut wajahmu bersih
Menyakinkan hati ini
Aku terpaut

Ohh.. Ohh..
Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu

Panggilanmu
Gelaranmu
Baru ku tahu

Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati tahan

Sampai bila?
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja drama

Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengerja hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yang pernah
Ku kenal dulu

Panggilanmu
Gelaranmu
Baru ku tahu

Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati upahan

Sampai bila?
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja drama

Panggilanmu
Gelaranmu
Baru ku tahu

Kau bertakhtar
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yang terhebat
Memukau mata melihat

Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila raja drama? X2

Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila raja drama? X2

Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat

22 January 2011

~thankz~

lega...lega...dan tersangat lega rasanya...saya telah didapati tidak bersalah dalam hal itu...ini telah diakui oleh tuan punya diri.....
terima kasih sangat2.....sepanjang hari tunggu dia bangun then say something kat saya....finally...penantian membuahkan hasil yang sangat lumayan....

kini tak ada lagi omong2 kosong dalam kepala yang memikir semua pekara2 negetif...saya telah dibebaskan dari kesalahan itu....

OMG!.thankz my dear....


~ baris2 doa~

pagi nie saya terbaca blog cik anita dan saya dapat satu doa nie dari dia.....sangat teruja dengan ayat2 dalam doa nie...jadi saya pun post disini sebagai panduan untuk saya dan anda amalkan...
.saya harap doa nie dimakbulkan untuk saya dengan dia........

Ya Allah Ya Tuhanku,

Seandainya telah Kau catatkan

Dia milikku tercipta buatku

Dekatkan dia padaku

Satukanlah hatinya dengan hatiku

Titipkanlah kemesraan di hati antara kami

Agar kebahagiaan itu kekal abadi

Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih,

Seiringkanlah kami dalam melayari hidup ini

Ketepian sejahtera..

Tetapi Ya Allah Ya Tuhanku,

Seandainya telah ditakdirkan dia bukan milikku

Bawalah dia jauh dari pandanganku

Luput dari ingatanku

Dan peliharalah diriku daripada kecewa..

Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih,

Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti,

Berikanlah kekuatan melontar bayangan ke dada langit

Hilang bersama senja merah dan gelap pekat malam

Agar aku rasa bahagia tanpa dirinya

Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Tercinta,

Gantikanlah yang telah hilang

Tumbuhkanlah yang telah patah

Meskipun tidak sama dengan dirinya

Jika benar cinta itu sejati.

Oleh itu..bebaskanlah ia

ia akan datang dengan sendirinya

Tetapi jika ia pergi dan tidak kunjung lagi

Anggaplah cinta ini memang tidak wujud dari awal lagi...

Amin...

~ mungkin salah saya~

salah saya ke??? tapi saya dah try yang terbaik....tapi masih salah saya ke???
sedihnya rasa bila berlaku pekara2 macam nie....kalo memang salah saya...saya mintak maaf sangat2....bukan sengaja.....tapi saya dah cuba.....

saya tau memang saya yang salah....tak apa lah kalo tak nak cakap dengan saya lagi...tak pernah sekali pun dia tak nak bercakap dengan saya....tapi kali nie berbeza....mungkin ini hukuman untuk orang macam saya...=( tapi saya mintak maaf sangat2.....saya betul2 tak sengaja =( saya dah cuba....

saya mintak maaf sekali lagi......tapi saya tahu maaf saya tak akan diterima......
lebih baik saya pergi jauh2.....bukan nak lari dari salah yang saya buat....tapi ini mungkin yang terbaik untuk dia.......

saya mintak maafff..........................


~kisah si kereta~


nama model : wira 1.5GL
hak milik : muhammad Azraf bin Said @ my! ddy long legs...
numb pendaftaran : WJB 7627

actually nie second time rasanya i tulis something tentang kereta nie...tapi kali ni nak bagi sedikit pengajaran kepada mereka2 kat luar sana yang ada kereta...tak kisah kereta jenis apa yang u all ada...janji kereta namanya...ok! i tekankan sekali lagi disini CAR/ KERETA....=).... so macam nie ceritanya...

last week....ermmm...last week rasanya...itu pun kalo tak salah lah...ya! last week...i n my ddy long legs tu pergi sunway piramid...so time ngah cari2 parking i cakap kat dia macam nie...

"u kereta nie tak penah g carwash kan....berhabuk semacam...mau i tak cakap macam tu,,,,, dengan segala habuk n daun2 kecik ada kat dalam kereta tu...kat dalam ye!...bukan di luar...so...dengan slumber dia cakap kat i macam nie...."membazir jerk bawak kereta buruk nie g carwash basuh sendiri lagi jimat" yaa...memang kami tengah saving pun..so kalo basuh kereta kat car wash memang membazir...betul jugak cakap dia.....tapiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!......i terus cakap kat dia u jgn cakap macam tu kat dalam kerata nie...nanti dia merajuk sebab cakap dia dah buruk...nanti dia tak nak gerak lagi baru tau...dah ler kereta nie yang selalu bawak kita kesan sini...kalo dah merajuk habis lah.....patah kaki kita....cepat2 ddy long legs i pujuk kerata tu semula..hahahah...ha!!!! baru dia takut...

after 1 week....

thennn...what happen isssss.......nak tau??? mari dekat2...i bagi tau u all apa yang jadi....
today! pagi-pagi buta my ddy long legs tu nak g men game volley ball kat UKM....start punya start WJB kita orang tu tak mau hidup.....see!!! kan i dah kata.... jangan cakap macam tu kat kereta....now! dah majuk dah...sapa yang susah....last2 ddy long legs pergi nek moto ezi....tinggal kan kereta dia yang dah merajuk tu...u ezi...thankz sebab bagi ddy long legs i tu pinjam moto..kalo tak menagis lah dia tak pat men VB dia tu..hehehhe...ha! padan muke dia...sape suh mulut tak jaga...hehehhe...tapi kesian kat dia...nak baiki duit lagi....saving punya saving...lain pulak jadinya....cian kat u..=(... then dia bagi tau i "nyesal cakap cam tu kat kereta..."

tapi kat sini i nak bagi tau u all semua telajak perahu boleh diundur...telajak kata???? kereta merajuk ok.....ha!!!! sekarang siapa yang susah...bukan jerk dia...dengan i sekali patah kaki...tak ada kereta nak kuar....hope kereta tu boleh baiki dengan cepat...sebab khamis nak g PERTAMA....kalo kereta rosak duduk bilik jelah i nampaknya....

moral of the story is ::

pada u all yang ada kereta kat luar sana...jangan sekali2 cakap benda yang bukan2 dalam kereta u all...jgn ckp nak beli kereta baru lah...kereta nie buruk lah...tapi u ngah drive kereta tu...hangin lah dia ha!!!...dah majuk baru tau...=)


20 January 2011

~ya!!! ini yang saya mahu katakan~

=) entry hari nie ditujukan khas...khas ok!!! untuk mereka2 yang bergelar ketua kampung atau penghulu kampung....ada sesuatu yang saya nak sampaikan.

saya nie tak lah mengikuti sangat perkembangan atau gosip2 yang berlaku di kampung tu...tapi sekali sekala balik rumah..terdengarlah juga desas- desus yang kurang enak didengar tentang orang yang sepatutnya menjalankan tanggungjawab keatas kebajikan orang kampung...susah sangat ke nak membantu....kalo agak2 dah tak boleh nak membantu jangan terima jawatan tu..buat susah orang ramai jerk...

tapi kali nie lain pulak yang jadinya...tapi aku tak tau lah betul ke tidak cerita nie...tapi bedasarka bukti2 yang ditunjukkan...ermmmm....faham sendirilah...ada beberapa orang penduduk kampung yang mengadu dan bercerita kepada saya tentang ketidak adilan ketua kampung dalam membantu penduduk kampung...sungguh memalukan...ya!!! pekara ini sangat memalukan!!!! orang kampung semua menaruh harapan pada dia...tapi wat keje macam taik!!!...

bukan nak cerita lebih2 lah...habis semua yang orang kampung mohon ko reject...tapi kalo kena time periuk nasik ko...laju je ko luluskan...pemimpin jenis apa ko nie...tak suka betul aku....meluat aku tengok...tak membantu langsung!!

ermmm....kalo ada sape2 yang terasa hati....aku mintak maaf..tapi aku cakap nie untuk kepentingan bersama....

~confius~

saya nampak sedang bersedih kew?????????....memang pun...

tapi orang yang tak tahu kewujudan blog nie...tak kan tahu saya sedang bersedih...
ada seseorang ckp kat saya macam nie " jangan bersedih" tapi dia diantara kenalan saya yang lagsung tak tahu tentang blog nie...jadi macam mana dia tahu saya sedang bersedih...pelik...pelik....lagi pun kami tak pernah berjumpa...ermmm....

tapiii...mungkin ***** ada cerita apa2 pada dia....cerita yang saya tak tahu...apa lah agaknya...
tapi sekarang saya dah tak sedih lagi....tinggal rasa perit2 sahaja....=)

pelik lahh....

19 January 2011

~emak~

makkk......aku mahukan emakkk....aku mahu bahu emak....disaat ini...difikiran hanya ada mak....makkkkk...pinjamkan ana bahu mak.....=(

~episod~

malam ini bertemankan sahabat ...
semakin lama semakin deras...
semakin rancak menaip semakin laju menemani pipi..
sahabat yang sangat setia...setia menemani aku sepanjang malam...
hanya dia yang memahami rasa hati...
semakin aku cuba meluahkan semakin deras mengalir...
tanpa henti!!!!!

besabarlah wahai hati....
hanya waktu bakal mengubatimu...
mungkin ini dugaan yang harus kamu rasai...
kuat kan hati mu....tinggikan kekuatan mu...



~dimana silapnya aku~

hari sudah larut malam...mata masih lagi segar...entah apa yang aku harus buat untuk memejamkan mata...pejam yang tiada sedar sehingga esok pagi....malam nie bilik penuh dengan kesuraman....meliputi tahap kesedihan yang tidak tertanggung.....

adakah aku yang bersalah? adakah aku yang terlupa...atau adakah aku seorang yang tidak sedar diri..???? adakah semua itu aku....dimanakah aku??dimana tempat aku??

pulangkannnnnnn!!!!!!!!!!!!!!!!

wahai hati berhentilah dari merintih.....

untuk melalui waktu yang terseksa ini...aku langsung tak berdaya...lagsung tiada tenaga...ingin ku luahkan segala2nya...tapi tak de kata yang dapat mengerti apa yang besarang di hati...

mata masih lagi tidak mahu terlelap..roomate tak ada....jadi hari nie sorg2...tiba2 aku ternampak sebotol............mungkin ini yang akan buatkan aku tido dengan lena sehingga esok hari...

selamat tinggal sang malam....



17 January 2011

~FYP + mid Valley yang lebih~

nape ety wat muke cam tu...hehehhe...dia sedang menikmati poppye

lain yang tangkap lain yang jadi

sambil2 ber FYP....sempat lagi..

wah!!! rajin nya saya...macam tak percaya

malas nak cerita panjang...layan jelah picture nie...sebab tadi dah tulis panjang2 tapi tenet problem...then semua yang saya tulis hilang...leteh menaip...=(

16 January 2011

~DSLR~

sambil menaip message dia HP sambil menaip di blog saya yang tak seberapa ini...

wokey...kali ini entry nak tulis tentang impian aku untuk.......................................................................................posing didepan camre DSLR....ermmmm bila lah agak nya aku dapat bergaya ...lagak seperti artis gitu di hadapan DSLR....ada jerk teman2 yang punya camre jenis ini tapi .....tak rapat sangat dengan mereka...so tengok jelah picture2 mereka...

aku sangat2 teruja dengan gambar2 yang diambil dengan camre jenis ini atau yang seangkatan dengan nya...kebanyakan gambar yang diambil dengan menggunakan camre jenis ini.... mak ai....yang tak cantik pun boleh jadi cantik!!!...seyes!!!sampai macam tu sekali....

sekarang nie ramai sangat umat kat luar sana tu dah memiliki camre nie...mau tak nya..setiap kali aku kuar kemana2 pun ada jerk gulr2 or guys2 yang sangkut menatang nie kat leher mereka....kadang2 nak jerk tegur...hey u...dari gantung jerk camre tu kat leher wat pameran...lebih baik ambik gambar saya....=)....hehehhe...agak2 diorang pelik tak kalo situasi seperti itu berlaku....

pernah sekali jerk aku pose kat depan camre ni...seyes mmg tak puas!!!!tu pun sebab masuk talent u UPM....pastu diorang call da photoshut...tapi time tu kat kampung...so nak pergi pun jauh...batalkan jelah niat tu untuk pergi...melepas sudah....

satu jerk peluang aku nak pose depan camra yang macam tu...kawinnnn!!!!...tapi aku belum nak kawin lagi....so lambat lah lagi dapat tunaikan impian nie....

HA HAMBEK KO....BESAR PICTURE DSLR NIE AKU LETAK....!!!


15 January 2011

~belum sampai masa~

bau tomyam seafood yang menusuk kehidung membuatkan perut bertambah keroncong....tapi gagah kan jua tangan ini untuk menaip untuk memenuhi ruangan blog aku ini....

pertama!!!!
AKU TAK NAK KAWINNN !!!!!!

kalau sebelum ini aku selalu mengutarakan isu teringin untuk melangkah ke dunia berumahtangga..tetapi kali ini sama sekali tidak...oh sangat tidakk!!!aku terasa sangat2 untuk tidak berkahwin..opsssssssss...bukan tidak sebenarnya...tetapi melambatkan tarikh dan tahun2 untuk kearah itu...mungkin sekadar menyebut untuk berkahwin tetapi sebab nak pakai dan solek cantik2 macam pengantin tapi tanak kawin betul2....boleh macam tu???wehahahah...

sebab:::::::::

ada banyak sebab yang membuatkan aku berubah fikiran....kalo dulu tak sabar2 nak berumah tangga tapi sekarang...ermmmm...rasa macam tak nak pulak....
ada beberapa situasi yang menyebabkan aku kurang senang untuk kearah itu....tapi terfikir jugak sampai bila kan....umur bukan semakin muda....masuk 24 dah nie....boleh tahan tua jugak lah....

haish.......tak suka nya bila aku terpaksa mendengar tentang pekara2 yang seolah-olah mahu membanding bezakan aku dengan someone....bak kata orang semuanya perfect lah dia tu...tolong lah mak.. tak kuasa i.....yes!!!! aku memang tak suka situasi macam ini...jadi pekak kan telinga...

nampak nya lambat lagi lah aku nak kawin......hehehehhe...

salam......

14 January 2011

~sesuai atau tidak~

nak kuar hangout jap g nie with my hubby n kwn2 dia...nak g sunway katanya...so aku tengah pening kepala nie baju apa nak pakai...suma baju aku dah habis pakai...jemu pun ada...lagi aku perlu mencari baju yang sesuai untuk dipadankan dengan tudung bawal colour pepel....sbb i like purple...susahnya....nak kena beli baju baru macam nie.....hehehhe...ok lah...saya mahu bersiap...tapi baju apa erk...baju apa???....

~ tips aweks muda~


Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse

Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus

Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

~tips cinta tahan lama~

bermula dengan menaip sambil makan biskut Jacobs weetameal...tin colour kuning...boleh tahan sedap....

tips yang ingin dikongsi hari nie adalah berkaitan dengan cinta....atau dikenali sebagai cinta tahan lama...ada orang baru jerk mula nak bercinta dah putus...ada orang pulak lama dah nie bercinta...tapi akhirnya kecundang di tengah jalan....macam mana tu tuan dan puan???? renung2kan dan selamat membaca....

tips kali nie senang sahaja.....BAGI TAHU....itu sahaja tips untuk hari nie...mudah ejaannya tapi kadang2 kita lupa nak mengamalkannya....begini huraiannya.....ada diantara kita yang menganggap pekara saling memberitahu ini sebagai suatu pekara yang leceh dalam bercinta...semua nak kena bagi tau!!!!! susahlah mcm nie!!!! menggongkong betul!!!!!
selalu sahaja ayat diatas ini tekeluar dari mulut2 orang yang sedang bercinta....

jgn sekali2 berfikiran begitu...percayalah...kalau kita dr awal sudah mengamalkan sikap memberitahu sebelum melakukan sesuatu pasti percintaan akan bertahan lama...mana tidaknya kadang2 kita rasa pekara itu remeh untuk diberitahu pada pasangan tapi lain pulak pada pasangan kita....

contohnya...kdg2 msg kita tidak direply oleh pasangan...jadi hati sudah mula hendak marah..pikiran sudah mula negetif...mula nak gaduh ajer nie...padahal pasangan kita sedang sebuk dengan tugas2nya....jadi disinilah tugas memberitahu memainkan peranan penting supaya pekara2 kecil seperti ini tidak berlaku...kalo sebuk bagi tau awal2...pasangan kita pun tak de nya nak kacau kita kalo kita cakap dan terangkan pekara sebenar...bkn dia tak reti bahasa...betul tak.....

haaaaaaaaaaaa.....renung2kan dan selamat beramal....


glitter-graphics.com

wish 4 2011...

first...entry untuk kali nie merupakan entry pertama saya untuk tahun 2011...walaupun agak sudah terlewat, rasa nya masih sempat mengucapkan HAPPY NEW YEAR untuk semua...

azam tahun baru??
peeerubahan yang ingin dilakukan pada tahun baru?
apa dugaan yang bakal ditempuhi untuk tahun baru kali ini??

wah semua ini sedang bermain2 di fikiran saya....apa2 pun yang bakal berlaku saya mensti bersedia....bermula dari sekarang!!!!!...mula!....eh..nak mula apa nie????...

pada rakan2 bloger...selamat mengaktiv kan diri masing2.....


glitter-graphics.com