20 December 2015

BAHAGIA YANG DICARI

Assalamualaikum...
hujan yang tadi lebat sudah mula renyai dan ada tanda- tanda akan berhenti membasahi bumi..
saat yang baik untuk mengangkat tangan dan terus berdoa...
kalau di tanya apa yang aku mahu ketika dan saat ini sudah pastilah jawapan aku...
aku teringin rasa bahagia dan senyum sepanjang hari....
lama rasa aku tak senyum dengan ikhlas dari rasa yang betul2 bahagia....
Ya Allah kembalikan lah semua rasa itu....

17 December 2015

BAGAI BARU DILAHIRKAN SEMULA

aku yang berdiri hari ini bukan lah aku 3 bulan yang lepas....3 bulan yang lepas aku adalah seorang yang pemarah seorang yang bengis seorang yang keras seorang yang suke berleter seorang yang bermasam muka seorang yang merimaskan aku seorang yang kusut...

aku manusia yang tiada bimbingan aku lupa aku lalai aku membesarkan amarahku aku  abaikan suruhan NYA......semua keburukan letaknya pada aku.....
sehingga lah aku disedarkan dengan satu perkara yang menyatakan aku semakin jauh dari landasan aku semakin jauh dr tanggungjawab ku....

dan akhirnya aku akui semua kesilapan berpunca dari diri ini....aku x pernah sedar akan kesalahan aku selama ini...aku x menyalahkan mereka kerana tidak membimbing aku....ini lah hakikat kehidupan yang aku harus lalui...

aku yang berdiri hari ini adalah aku yang baru....tekad ku untuk memperbetulkan segala kesalahan kelalaian dan kekhilafan aku...aku juga manusia biasa tak pernah lari dari melakukan kesilapan tak pernah kering dari melakukan dosa....tapi aku bukan malaikat......tiada lagi amarah leteran kekerasan...

apa yang sedang aku usahakan ini mungkn sudah terlambat...mungkin sudah tidak dterima...mungkin sudah tidak dapat diselamatkan...mungkin sudah tidak bernilai.....

walau apa pun yang terjadi aku tetap teruskan tekad ku ini....kerana aku tahu ALLAH ITU SENTIASA ADA UNTUK MEREKA YANG  MAHU BERTAUBAT.....

doakan aku terus kuat menghadapi ranjau hidup ini.....


AKU BUKAN ISTERI SEMPURNA

Aku tidak mungkin memaafkan
Kesalahan engkau terhadap diriku
Engkau meragut semua
Menodai diriku tanpa rela

Aku ditinggalkan seorang diri
Engkau pergi jauh tak mungkin kembali

Dia sudi terima
Oh dia sanggup menjadi
Penggantimu

Aku bukan isteri sempurna
Yang terbaik di pandanganmu
Tetapi aku teramat menyayangimu

Aku bukan isteri sempurna
Tetapi aku sanggup 
Hidup setia di sampingmu selamanya

Percayalah... percayalah...
Jangan lagi kau ragui aku

Aku bukan isteri sempurna
Yang terbaik di pandanganmu
Tetapi aku teramat menyayangimu

Aku bukan isteri sempurna
Tetapi aku sanggup 
Hidup setia di sampingmu selamanya

Percayalah .. percayalah..
Kerna aku teramat menyayangimu

Aku harapkan engkau sudi
Terima diri ini
Cintai aku, sayangiku
Tempatnya isteri di sisi suami

KEMBALI...

ASSALAMUALAIKUM.....

berzaman rasanya tinggalkan blog ni....biasalah kesibukan sebagai seorang isteri dan juga mommy kepada cahaya mataku amat2 tidak mengizinkan aku untuk terus menulis...kini aku kembali semula....macam biasalah adalah satu keajiban bila aku kembali menulis....dan setiap kali aku kembali pasti ada cerita yang akan aku kongsikan....

kali ini penulisan aku lebih terbuka dan aku lebih khusus kan kepada seseorang....aku harap dia membaca isi hati ini.....aku  bukan insan yang sempurna....

09 January 2014

KIPAS PUNYA HAL!

Assalamualaikum..

Bermula lah tahun 2014....apa pula yang akan terjadi untuk tahun ini sama-sama lah kita tunggu dan lihat serta hadapi dengan penuh redha...wah gitu..

entry kali ni aku nk cerita pasal tuan rumah sewa yang taik hidung masin! nasib lah aku tak ada rumah sewa yang lain kalau tidak dah lama aku pindah! wah! mula2 masuk bukan main baik lagi ko kan! dah lah sewa mahal rm 550 ok! alor gajah je pun..itu pun tak boleh nak toleransi.....

Nak dijadikan cerita satu hari rumah yang aku sewa ni suis dan kipas dekat bahagian ruang tamu rosak...suami aku ni pun call lah tuan rumah cakap nak baiki dan tolak duit sewa rumah...macam biasa lah kan...tak kan aku pulak yang nak tanggung kerosakan rumah dia...lain lah rumah tu rumah baru..tah2 benda tu memang dah lama nak rosak tinggal tunggu masa je nak terus tak berfungsi...boleh tuan rumah tu cakap "saya baru pasang kipas tu kalau nak tukar atas urusan sendiri tak boleh tolak sewa...habis suis tu ko baru tukar jugak ke!..padahal kami ni x penah lewat bayar sewa..tu pun nak berkira sangat.mentang-mentang lah aku belum mampu beli rumah sendiri.

sejak dari peristiwa tu aku dengan suami nekad untuk beli rumah sendiri, sebab aku rasa sangat ditindas..last2 2014 loan rumah kami telah lulus dan rumah akan siap 2015..puas hati aku!

sekian,

MIRACLE...

Assalamualaikum..

Syukur kehadirat ilahi doa kami akhirnya termakbul!! bermulalah episod baru dalam kehidupan aku...setelah 9 bulan diijabkabulkan akhirnya penantian kami berakhir dengan sebuah berita yang menggembirakan...ko ngandung cik jah!....syukur....dan sekarang dah masuk 16 minggu (4bulan) mau tak gembira...aku nak jadi mummy dah...=) tapi sebelum sah aku hamil akak sulung aku ada mimpi yang aku tengah ngandung..seminggu lepas tu aku cek mimpi dia jadi kenyataan....

cerita pertama :
dah lambat dari tarikh period ni...tapi malas nak berharap..kalau dah malas nak berharap tu tak adanya lah aku nk pergi bazir duit beli ujian kehamilan tu...padahal hati ni bukan main mengharap mulut aje kata lain..perempuan kata nya...ada lah lewat dalam 7 hari...bagi tau suami, dia pulak kata tunggu lewat 10 hari baru cek...ikut lah kata suami ni ha..baik kan aku..ok dah masuk 10 hari! lunch pergi guardian beli ujian kehamilan...esoknya subuh2 aku dah bangun semangat nak cek...tebuntang mata aku tengok ada 2 line....ok buat slumber pergi kejut bagi tau suami...dia pulak mamai senyum dan terus tido semula....sakit hati mak!....ingat nak peluk cium ke ape...lepas pegi kerja baru dia sedar dari mimpi...pui! pending lama sangat...malas lah nak cita adegan romantik pastukan....=)...untuk memastikan yang betul ke ada baby dalam perut ni aku g klinik cek dan scan...nampak lah si kenit dalam rahim aku...7 minggu usianya...duk diam2 tau..baru lah aku percaya yang aku memang nak jadi mummy dah....senyum sepanjang hari...

cerita kedua :
bulan pertama aku cergas bukan main..langsung tak ada sintom-sintom alahan..sampai kadang-kadang lupa yang aku sedang berbadan dua...masuk bulan kedua dan seterusnya dia datang dahhh...aku mula lembik...asik nak membuta aja...semua jenis bauan aku tak boleh temasuk bau suami aku...makan tak lalu sampai lah sekarang. berat makin menurun...dari 43 jadi 42...makanan yang paling aku alah ayam masak kicap dengan nasi...jadi dah 2 bulan aku x makan nasi...masak? usah cerita aku langsung tak ke dapur..suami makan kat luar lah ye...cerita pasal muntah-muntah pulak...masa bulan kedua tiap2 masa nak muntah tapi sekarang muntah hanya waktu malam dan bila perut kosong..satu dugaan yang paling akan aku ingat sampai bila-bila tiap-tiap malam aku akan sakit perut...Allah jerk yang tahu...jadi sepanjang tempoh 4 bulan ni suami lah yang banyak menanggung segala kerenah aku...terangak itu teragak ini tapi bila dibeli makan sesudu aje..nasiblah...nak tau sapa yang turut mabuk sama macam aku? biasa orang kata suami akan dapat tempias tapi tang aku abah aku yang mabuk...sian dia..lembik,muntah,tak boleh bau-bau sama macam aku...sama-sama lah kita abah ye...

banyak nak cerita sebenarnya tapi kang penuh pulak...jadi aku stop dekat sini nanti sambung untuk cerita ketiga.

sekian,