04 March 2013

KE PORT DICKSON KAMI...

Time to honeymoon...wehuuuuuu!!! istilah honeymoon memang sesuai sangat lah digunakan kepada mereka-mereka yang baru sahaja melangkah ke alam rumahtangga...nak berdua-duaan lah katakan..hehehhe...setelah selesai majlis dikedua-dua belah pihak kini tibalah masa untuk aku honeymoon....pada mulanya banyak tempat yang aku dah rancang untuk honeymoon kami tapi memandang kan waktu yang kami pilih adalah bersempena Chinese New Year so tak banyak tempat yang kami dapat pergi. faham aje lah kalau dah time-time hari perayaan macam tu kan semua full book dan jugak harga yang berlipat kali ganda dari harga hari-hari biasa....fikir punya fikir akhirnya kami decide untuk pergi lexis hotel dekat PD...lebih kurang sejam lebih dari alor gajah...jadilah kan! dari tak bejalan langsung ditambah pula dengan cuti panjang yang telah diambil sejak awal lagi....done! tak sabar nak pergi bercuti..(kemain ko kemah!) dah gembira sangat nak pergi ni......
tak selesai disitu sahaja...percutian kami menghadapi sedikit masalah...sangat down n tak semangat terus nak pergi bercuti!!! macam nibalik kampung lagi bagus!! (ayat sebak time tu..hehehehe) menangis punya menangis akhirnya masalah  berjaya diselesaikan oleh suami aku....yehuuuuu....
berholiday lah kami di lexis hotel...jum layan 2,3 kerat gambar kami....



gambar lain akan diupload malam nanti..hehhehe

sekian dari aku....

KINI SEBAGAI PUAN...=)

Assalamualaikum....

Agak berbulan juga lah aku tinggal kan kisah dalam blog ini...dan baru hari ini semangat untuk menulis kembali semula....sebelum ini ada juga rasa mahu menulis tetapi semangat tu belum ada... banyak pekara baru yang aku alami dalam beberapa bulan ini....pekara paling besar telah berlaku dalam hidup aku...status kini sudah berubah...kalau dulu aku hanyalah seorang anak kepada kedua orang tua ku..kini aku mendukung sebuah tanggungjawab yang lebih besar kerana sudah  begelar isteri kepada suami ku....(sedih lah pulak!).... tidak ada lagi istilah bujang dalam hidup aku selepas ini....lepas ini sila panggil aku Puan Anne@ Ana okeh! hehehehe....semangat sangat....

setelah mengikat tali pertunangan selama 8 bulan kini tibalah masanya kami di ijab kabulkan...tarikh 2/2/2013 telah dipilih sebagai tarikh keramat antara saya dan suami sebelah perempuan dan 10/2/2013 sebelah lelaki....bedebar-debar okeh! setelah semua persiapan telah dibuat (time ni memang semua pening kepala..huhuhu ) maka tibalah hari yang dinantikan...jeng2...

"AKU TERIMA NIKAH NORHANA BINTI MAHAT DENGAN MAS KAWIN NYA RM 50.00 TUNAI"

Ini lah rupa aku semasa selesai diijabkabulkan....( muka tepinga2)
manje-manje lah konon

dengan seklai lafas sahaja maka sah lah kami sebagai suami isteri.. Dan bermula dari saat  ini jadilah kamu isteri yang solehah  wahai Norhana Binti Mahat kepada suamimu Muhammad Azraf bin Said dan beriman lah kamu kepada Allah S.W.T. amin....
Selesai  majlis akad nikah + sesi menangis semua...Alhamdulillah....segalanya berjalan dengan lancar dan penuh dengan kegembiraan dan mudah-mudahan mendapat rahmat dan berkad dari yang Maha Esa...amin...selesai majlis akad nikah tiba lah masa untuk sesi bersanding..tema yang dipilih biru pink...

 kanopi by andaman cik yah ( aku tengah bg arahan..huhuhu)

 Pelamin dan solekan by Qaseh Bridal 

dua2 gambar kat atas ni adalah BFF FOREVER!!

banyak lagi gambar tapi belum siap lagi..sabor ye..

Dengan itu berakhir lah sudah zaman bujang aku dan majlis perkhawinan kami...selaku tuan rumah saya aku ingin megucapkan ribuan terima kasih kepada semua kru dan team yang telah terlibat dalam menjayakan majlis aku (cewah)...baik dari tukang masak, orang rewang dan juga wedding planer tak lupa buat kawan-kawan yang sudi datang memeriahkan lagi majlis aku baik dari jauh mahupun dekat...terima kasih banyak-banyak....kepada keluarga terutama mak dan abah tak de ucapan yang mampu dilafaskan...I LOVE U SO MUCH...=( (anak mak dah kawen mak...macam tak percaya jerk)....untuk rombongan dari sebelah lelaki mintak maaf kalau ada yang terkurang....

Akhir sekali...terima kasih kepad semua kerana sudi membaca...doa kan rumah tangga kami bahagia hingga ke syurga dan copat2 den dapek baby...=)
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=

kejap-kejap jangan bangun dulu ada lagi ni...sabar...hehehehe

selesai majlis disebelah aku..tiba masanya majlis bagi sebelah lelaki pula...10/2/2012 kami disandingkan sekali lagi....loteh weh koje sanding jerk....( tapi aku dah rindu nak naik pelamin lagi dengan suami tercinta..gatal!) jum layan beberapa gambar kami di Melaka....

Abah jerk tak ada dalam gambar ni sebab sebuk bebenor ka luar dah macam majlis dekat rumah dia...

sekian dari aku...