08 November 2011

~ the latest~

Salam sejahtera kepada 1 malaysia... wah! Cik ana sudah pandai menggunakan istilah 1 malaysia....class ko jah!!...Lama rasanya tak menaip dalam blog ini......perkataan berhabuk dan bersawang sangat sesuai digunakan sekarang ini untuk menggambarkan betapa sudah lama cik ana tidak terus berkhidmat untuk blog ini....rasanya banyak sangat pekara yang sudah berlaku dalam kehidupan cik ana...

Yang pertama cik ana sudah pun berjaya menamatkan pengajian selama tiga tahun di universiti bumi hijau ini....sekejap rasanya masa berlalu...majlis convocation telah pun selamat dan berjaya dihadiri...gembira dan sedih bercampur baur....dan bila selesai sudah pengajian makanya perpisahan dengan rakan2 seperjuangan turut berlaku terutama dengan cik anita....sedih!!...ucapan ribuan terima kasih yang tak terhingga diselitkan disini kepada MAK N ABAH, (family) dan setiap yang turut memberikan sokongan.....

Jodoh pertemuan semuanya ditangan Tuhan...kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan berusaha kearah kesejahteraan hidup dialam berpasangan...apa yang terjadi ada hikmahnya...penceraian yang berlaku kepada salah seorang ahli keluarga cik ana baru2 ini telah banyak memberikan kami pelbagai pengajaran...berhati2 lah dalam mengatur perjalanan hidup berumah tangga...tempias truma terhadap lelaki turut dirasai oleh cik ana sehingga menyebabkan berlaku pelbagai masalah dalam hubungan sendiri....(saya mintak maaf pada awak)....kejujuran merupakan tungak utama kepada kejayaan sesebuah perkahwinan...

cik ana sudah pun berada dia alam pekerjaan!!!...bukan mudah berada dialam ini....banyak perkara baru yang kita terpaksa pelajari...lagi berhadapan dengan pelbagai jenis manusia termasuk bos sendiri...hari-hari terpaksa berhadapan dengan situasi tempat kerja yang membosankan....mau sahaja berhenti tapi tetap terus bertahan..bertahan dan terus bertahan.

Kalau jodoh pertemuan telah ditentukanTuhan begitu juga dengan ajal maut...semua telah ditentukan oleh Nya...baru pagi tadi menerima panggilan yang memeranjat kan...kawan sekolah telah pun kembali kerahmatuallah kerana mengidap demam denggi bedarah...Al-Fatihah...salam takziah kepada ahli keluarga beliau..yang pergi tetep pergi, yang hidup ini harus lah sentiasa mengigati saat kematian...bila kah masa nya akan tiba??

sekali pun kita didatanggi dengan pelbagai dugaan yang maha hebat...hadapilah segalanya dengan kehebatan yang kita ada dengan tidak sekali-kali menyalah kan takdir yang telah ditentukan oleh nya.........

2 comments:

Cik Anita said...

good job dear!!

update lah selalu.aku akan singgah hari2. :)

AnaAnne said...

thankz yang...saya nak make over blog nie...tlg bg sape2 buat..hehehhe