04 March 2013

KE PORT DICKSON KAMI...

Time to honeymoon...wehuuuuuu!!! istilah honeymoon memang sesuai sangat lah digunakan kepada mereka-mereka yang baru sahaja melangkah ke alam rumahtangga...nak berdua-duaan lah katakan..hehehhe...setelah selesai majlis dikedua-dua belah pihak kini tibalah masa untuk aku honeymoon....pada mulanya banyak tempat yang aku dah rancang untuk honeymoon kami tapi memandang kan waktu yang kami pilih adalah bersempena Chinese New Year so tak banyak tempat yang kami dapat pergi. faham aje lah kalau dah time-time hari perayaan macam tu kan semua full book dan jugak harga yang berlipat kali ganda dari harga hari-hari biasa....fikir punya fikir akhirnya kami decide untuk pergi lexis hotel dekat PD...lebih kurang sejam lebih dari alor gajah...jadilah kan! dari tak bejalan langsung ditambah pula dengan cuti panjang yang telah diambil sejak awal lagi....done! tak sabar nak pergi bercuti..(kemain ko kemah!) dah gembira sangat nak pergi ni......
tak selesai disitu sahaja...percutian kami menghadapi sedikit masalah...sangat down n tak semangat terus nak pergi bercuti!!! macam nibalik kampung lagi bagus!! (ayat sebak time tu..hehehehe) menangis punya menangis akhirnya masalah  berjaya diselesaikan oleh suami aku....yehuuuuu....
berholiday lah kami di lexis hotel...jum layan 2,3 kerat gambar kami....



gambar lain akan diupload malam nanti..hehhehe

sekian dari aku....

KINI SEBAGAI PUAN...=)

Assalamualaikum....

Agak berbulan juga lah aku tinggal kan kisah dalam blog ini...dan baru hari ini semangat untuk menulis kembali semula....sebelum ini ada juga rasa mahu menulis tetapi semangat tu belum ada... banyak pekara baru yang aku alami dalam beberapa bulan ini....pekara paling besar telah berlaku dalam hidup aku...status kini sudah berubah...kalau dulu aku hanyalah seorang anak kepada kedua orang tua ku..kini aku mendukung sebuah tanggungjawab yang lebih besar kerana sudah  begelar isteri kepada suami ku....(sedih lah pulak!).... tidak ada lagi istilah bujang dalam hidup aku selepas ini....lepas ini sila panggil aku Puan Anne@ Ana okeh! hehehehe....semangat sangat....

setelah mengikat tali pertunangan selama 8 bulan kini tibalah masanya kami di ijab kabulkan...tarikh 2/2/2013 telah dipilih sebagai tarikh keramat antara saya dan suami sebelah perempuan dan 10/2/2013 sebelah lelaki....bedebar-debar okeh! setelah semua persiapan telah dibuat (time ni memang semua pening kepala..huhuhu ) maka tibalah hari yang dinantikan...jeng2...

"AKU TERIMA NIKAH NORHANA BINTI MAHAT DENGAN MAS KAWIN NYA RM 50.00 TUNAI"

Ini lah rupa aku semasa selesai diijabkabulkan....( muka tepinga2)
manje-manje lah konon

dengan seklai lafas sahaja maka sah lah kami sebagai suami isteri.. Dan bermula dari saat  ini jadilah kamu isteri yang solehah  wahai Norhana Binti Mahat kepada suamimu Muhammad Azraf bin Said dan beriman lah kamu kepada Allah S.W.T. amin....
Selesai  majlis akad nikah + sesi menangis semua...Alhamdulillah....segalanya berjalan dengan lancar dan penuh dengan kegembiraan dan mudah-mudahan mendapat rahmat dan berkad dari yang Maha Esa...amin...selesai majlis akad nikah tiba lah masa untuk sesi bersanding..tema yang dipilih biru pink...

 kanopi by andaman cik yah ( aku tengah bg arahan..huhuhu)

 Pelamin dan solekan by Qaseh Bridal 

dua2 gambar kat atas ni adalah BFF FOREVER!!

banyak lagi gambar tapi belum siap lagi..sabor ye..

Dengan itu berakhir lah sudah zaman bujang aku dan majlis perkhawinan kami...selaku tuan rumah saya aku ingin megucapkan ribuan terima kasih kepada semua kru dan team yang telah terlibat dalam menjayakan majlis aku (cewah)...baik dari tukang masak, orang rewang dan juga wedding planer tak lupa buat kawan-kawan yang sudi datang memeriahkan lagi majlis aku baik dari jauh mahupun dekat...terima kasih banyak-banyak....kepada keluarga terutama mak dan abah tak de ucapan yang mampu dilafaskan...I LOVE U SO MUCH...=( (anak mak dah kawen mak...macam tak percaya jerk)....untuk rombongan dari sebelah lelaki mintak maaf kalau ada yang terkurang....

Akhir sekali...terima kasih kepad semua kerana sudi membaca...doa kan rumah tangga kami bahagia hingga ke syurga dan copat2 den dapek baby...=)
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=

kejap-kejap jangan bangun dulu ada lagi ni...sabar...hehehehe

selesai majlis disebelah aku..tiba masanya majlis bagi sebelah lelaki pula...10/2/2012 kami disandingkan sekali lagi....loteh weh koje sanding jerk....( tapi aku dah rindu nak naik pelamin lagi dengan suami tercinta..gatal!) jum layan beberapa gambar kami di Melaka....

Abah jerk tak ada dalam gambar ni sebab sebuk bebenor ka luar dah macam majlis dekat rumah dia...

sekian dari aku...

11 January 2013

DITELAN MATI EMAK DILUAH MATI BAPA

Asslamualaikum.....

Hai korang...=( hari ni tak tau nak mula menulis dari mana, semua serba tak kena...hati rasa tak setenang hari-hari biasa.....serabut dengan seribu macam masalah...sepatutnya lagi beberapa minggu nak berumahtangga hati semakin berbunga-bunga...tapi aku tidak!...bukan runsingkan perihal majlis yang akan berlangsung tapi ada masalah lain yang teramat merunsingkan aku....

mengerti tak kamu semua tentang rasa celarunya bila kita tak nak sambung study tapi kena paksa sambung.....cerita bermula bila aku dipaksa sambung master (full time)...aku tanak! =( aku tahu sejauh mana kemampuan  aku untuk study...aku tak mampu...aku tahu akhirnya aku akan kecundang....hati aku langsung tak ada untuk study sekarang ni....bagi lah aku masa wahai kekasih....aku belum bersedia untuk bergelar pelajar sekali lagi....banyak pendapat yang aku minta dan masing-masing memberikan pendapat yang sama "kalau belum bersedia untuk belajar lebih baik hold dulu"....dan aku rasa itu lah keputusan yang patut aku ambil...tapi saat ini aku tak dibenarkan untuk membuat keputusan untuk diri sendiri....nafas seolah-olah semakin menyesakkan....orang yang aku sayang dan paling aku percaya tak menyokong keputusan aku..sedih yang teramat...tahukah kamu wahai kekasih hati aku sangat berat untuk study...tak pernah aku rasa seberat ini...tolong lah selami hati dan fahami saya untuk sekali ini sahaja.

masa degree pun aku rasa cukup susah untuk aku habiskan...dan grad dengan hanya cukup-cukup makan..ini kan pula untuk sambung master...bagi lah aku teruskan kerja sekarang ni...master bila-bila boleh sambung kalau kite betul-betul dah besedia...lagi lah lepas ni semua subjek study dalam bi tak sama macam degree dulu..saya tak sepandai awak..dan paling penting saya kenal siapa saya dan saya yakin saya tak mampu....

lagi berapa minggu kita akan sah menjadi suami isteri bagi lah aku peluang untuk menjadi isteri kamu..berada dekat dengan kamu..menyediakan makan minum kamu..berbakti untuk kamu..menunggu kamu pulang dari mencari rezeki...izin kan aku menjalankan tanggungjawabaku...aku janji akan sambung study selepas aku rasa betul-betul bersedia...dan andai umur ini tak panjang sekurang-kurangnya aku pernah menjalankan tanggungjawabku...kalau study ambil masa 1-3 tahun...dalam masa tu macam-macam boleh berlaku...

dan semestinya saat yang penuh menyesakkan ini...aku perlukan EMAK aku...mak ana balik malam ni...nak nangis puas-puas..YA ALLAH BERI LAH HAMBA MU INI PETUNJUK....



sekian....


03 January 2013

PRE WEDDING ANA & AZRAF


ASSALAMUALAIKUM....

Hari ini aku just nak share antara  pekara yang aku dah selesaikan sebelum menjelangnya hari bahagia kami...bercakap pasal persiapan perkhawinan photografer antara yang terpenting yang harus ada dalam chek list korang..maklumlah segala yang berlaku sebelum dan semasa dan selepas majlis harus dibuktikan...nanti dah tua-tua boleh tengok balik..bayangkan time rambut dah putih dah bercucu cicit then tengok balik album kawin kan ke sweettt tu...hehehehe....

Nak dijadikan kisah... pada awalnya aku tanak pre wedding ni...nampak macam kebaratan sangat....tapi macam rugi lah pulak dalam pakej dah ada tapi kita tak buat....so last2 aku decide ambil jerk gambar sempoi2...lagi pun aku tak ada koleksi gambar romantik-romantik dengan azraf ni......jadi masa christmas hari tu kami pun kuar buat pre wedding yang simple2 jerk...langsung tak bertema....main belasah jerk....pose lah gaya macam mana pun....lokasi area kota A famosa Melaka masa yang diambil cuma 2 jam setengah jerk...

ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada team UNGGAS......

dah malas nak bebel panjang2...jum layan gambar kami....(ada antara gambar yang aku ceduk idea hasil carian dari google)















Sekian.......