01 July 2012

~Pasang Strategik~

Assalamualaikum..

Setiap dari kita mesti pernah rasa saat debaran kan..tipu sangat lah ko Jah kalau tak pernah rasa debor-debor...yang sampai nak terkucil tu apa??...ngaku aje lah kome tu...bukan aku tak tau...hehe..kali ni aku nak share dekat kamu semua macam mana rasa bedebar nya aku nak mintak izin dengan family untuk BERTUNANG. Maha karya cinta memang berepisod-episod....siap ada adegan tagis menangis (gatal sungguh aku ni sampai dah tak sabar nak tunang kan)...bermula lah startegi aku...

Langkah pertama yang aku buat adalah....

Selepas asik disogok oleh ayah tunang (si azraf) aku supaya kami bertunang aku pun mula lah sikit-sikit cakap kat mak aku tentang itu..mula-mula tu takut jugak tapi aku beranikan lah jugak...memandangkan mak lebih rapat dengan aku jadi aku ambil keputusan untuk bagi intro pada mak dulu supaya dirisik-risik kan pada abah...hehehe...selepas bagi intro lama juga aku diam aje...tak usik-usik isu ni sebab tak dapat feedback dari mereka berdua. Last-last ayah si Azaf datang rumah sewa aku dan cakap sendiri dengan family aku...sebenarnya aku dengan tali pertunangan azraf tak tau langsung episod ini akan berlaku...ingat saja datang melawat...

mula-mula mak agak keberatan untuk mengia kan pertunangan kami..memandangkan aku belum lagi bekerja...tapi lepas dipujuk mak pun dengan rela hati nya membenarkan kami diikat dengan tali pertunangan..

tak berakhir di situ saja!!...nak memilih tarikh yang sesuai untuk majlis tersebut pun agak sukar..macam-macam dugaan yang berlaku..ada beberapa tarikh yang aku dah pilih tapi terpaksa postpone disebabkan banyak sangat kenduri kawin di tempat aku...hai lah nasib. pada awalnya kami rancang akan bertunang pada bulan 9. tapi last minit sebelah pihak lelaki mintak majlis diadakan pada bulan 6...dekat situ lah berlakunya kesukaran memilih tarik...Akhirnya dengan kata sepakat daripada kedua belah pihak 23.06.2012 menjadi sejarah pertunangan aku dengan En.Azraf.. Kepayahan yang terpaksa ditempuh memberikan lebih bermakna buat kami.. Pekara biasalah kalau kamu-kamu di luar sana yang terpaksa berhadapan dengan ibubapa yang sukar untuk melepas kan kamu ke tangan ornag lain...itu bermakna mereka terlalu sayangkan kamu.


**terima kasih kerana sudi membaca**



~2 orang budak bertuah!~

Assalamualaikum..

2 budak bertuah yang aku sayang!!..Nurul Syafiqah Binti Mahat (selaku adik aku) dan juga Muhammad Azraf Bin Said ( selaku En.Tunang aku)..rasa nya cukup lah intro untuk dak ("dak"orang melaka selalu guna perkataan ni) bedua ni ye tak... Tahniah aku ucapkan pada kedua2 nya kerana telah berjaya menamatkan pelajaran di UiTM (melaka+shah alam). 

Tapi 4 my lovely adik sorry sangat-sangat tak dapat bersama-sama dihari bahagia kamu sebab saya kerja time tu...kesian dia...tapi aku janji time convo deg. nanti aku datang!! (berani nya aku janji...sekali tak dapat ditepati, padan dengan muka aku..). Mak, Abah dan akak dah wakilkan aku untuk meraikan hari bahagia kamu tak lupa juga pada angah yang dah kirim duit untuk belikan kamu something..hehehe..

 congratulation!!

 mak,adik,abah 

 akak n adik
(star with bear..hasil kiriman duit angah...hehe)

adik with tettttttt
mickey mouse yang dah awal2 akak belikan
(made in labis)

Tamat tentang adik...masuk pulak cerita budak betuah yang sorang lagi nie...yang ni lagi lah bertuah..tak nak kalah...dia convo sampai dua kali (dip+deg) itu lah untungnya kalau lepas spm buat diploma...dapat convo dua kali dan ini bermakna dapat bunga n hadia sampai dua kali..seyes memang untung!!! lagi bertuah sebab aku dapat pergi sama-sama meraikan hari bahagia kamu siap masuk dewan lagi..hahaha...(tapi time aku convo ko tak pegi ye!! nak kene sebat ni!!). Tapi agak tak baik nya perbuatan aku time tu sebab lepas jerk En.T naik pentas...aku pun chow keluar dewan..lapar!!!..dah jum intai2 deko...

 klik! mak ai tutup mata kenapa

 aku dan kamu

 bekerut-keerut ha dahi menahan silau panas
nasib lah labu!!

 with family
(ayah tukang ambil gambar)

berakhir sudah episod aku yang terpaksa berpanas-panas dan bersilau-silau di kawasan dewan Agung UITM tu..

**terima kasih kerana sudi membaca**

payah Noww...

Assalamualaikum..

Lama rasa nya tak bertandang dekat blog sendiri..akhir-akhir ini asik baca blog orang lain aje...banyak sebenarnya pekara yang berlaku..tinggal lagi nak perah keringat si idea untuk berblog tak keluar-keluar...susah sungguh...sumpah!! memang susah ditambah pulak dengan mood yang belum sampai..tapi yang pasti! ada cerita yang akan menyusul tak lama lagi...kasi tunggu ya..

**terima kasih kerana sudi membaca**