22 December 2012

ANTIBODY!!

Assalamualaikum....

1st aku nak korang layan dulu gambar ni......


rasanya semua orang dah kenal dengan produk Scott Emulsion...sekalipun tak penah rasa pasti penah nampak kat mana2 kedai atau farmasikan....Scott ni didatangkan dalam dua perasa satu oren satu yang original ikan warna putih....

Semenjak nak kawin ni macam-macam benda aku nak makan untuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran....oleh kerana aku ni jenis antibody yang lemah mudah demam n lesu tambah pulak selera makan yang sangat kurang so aku decide nak ambik supliment jenis Scott ni....tujuan utama pengambilan adalah untuk control daya tahan badan aku ni dan untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat...maklumlah nak kawin ni macam 2 benda nak buat...biasa nya yang makan benda ni kanak-kanak...tapi jangan silap! sebab orang dewasa pun boleh makan....aku memilih perisa oren sebab rasa nya yang boleh ditelan dek tekak...penah cuba yang original tapi  mak ai nak muntah rasanya....tak tertelan!!!

kenapa aku pilih produk ni? sebab harga yang mampu milik! huhuhuhu...so pada sapa2 yang nak cuba produk ni boleh lah terus kan niat tu sebab tak rugi satu sen pun....

tak tau nak makan apa pulak lepas ni sebab macam nak makan coco collegen power plus....(tengah taksub nak dapat kulit yang tulus mulus!)

sekian, salam

10 December 2012

E.S.C.A.D.A

Assalamualaikum.........



Pemilihan perfume memang memeningkan......bayang kan dalam satu masa terpaksa cium 3 jenis bau minyak wangi....sah-sah lah kepala boleh ting tong kan....aku bukan jenis yang pakai sangat perfume ni dan aku rasa tak penting sangat pun pakai perfume ni...tapi bila nak kawin ni...aku rasa perfume perlu dimasukkan dalam senarai hantaran aku....gatal!...hehehe...tak salah sekali sekala beli walaupun tak pakai...huhuhuhu...

Alkisahnya....termasuk malam tadi dah 3 kali aku g servey perfume...punya lah susah aku nak pilih...last-last sekali aku cuba satu perfume ni nama dia ESCADA...aku tak tau lah escada atau pun sekadar...hahhaha balun kan ajelah....seyes! aku sudah jatuh hati dengan perfume escada ni...sampaikan nak tido malam tadi pun aku dok hidu-hidu bau perfume ni dekat tangan aku dan tak sedar bila masa aku tertido...dasyat kan!...bau dia fresh2 gitu......harga dia 1 set 3++......

DONE! dah jumpa perfume yang aku nak....tapi tak beli pun lagi...just beli perfume untuk si azraf dulu...dah lama dia dok belek-belek dunhill desire merah tu...boleh pulak dia cakap nak pakai terus pastu baru wat hantaran...elok sangat lah tu kan...memang aku tak bagi lah...gelojoh kau azraf!....

Bila agakya aku nk beli perfume ni...seyes tak sabar!

Sekian.....

SUDAH TERTULIS

Assalamualaikum.....

Mungkin sudah tertulis yang kali ini rezeki tidah menyebelahi aku.....permohonan untuk menjadi seorang warga pendidik sudah berakhir...tak apa mungkin bukan rezeki aku...tapi agak sedih jugak hati ini....hati menangis..huhuhu


Untuk pengetahuan semua aku cubaan pertama aku untuk melayakkan diri dalam bidang perguruan sudah berjaya...selesai memohon DPLI aku dipanggil oleh pihak kementerian untuk menduduki Mtest...aku bersama-sama 2 orang kawan yang lain turut dapat perkhabaran gembira itu..masing-masing sibuk belajar sebagai persediaan menghadapi ujian tersebut...sampai lah hari yang dinanti kami sama-sama tawakal dan menduduki ujian tersebut..

Selesai ujian Mtest kami dikhabarkan sekali lagi dengan berita gembira...LULUS! exam....dan langkah seterusnya diminta untuk menjalani sesi terakhir iaitu sesi interview bagi memilih calon yang layak...sekali lagi kami sama-sama pergi dengan harapan yang agak menggunung walaupu tahu harapan sangat tipis....tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu...

DONE! interview selesai. legaaaaaa.....difahamkan result untuk interview akan keluar 3 minggu dari tarikh berakhirnya sesi interview....

Sampai lah masa 11/12/2012 tarikh keramat untuk semua perserta interview cek keputusan masing2...ternyata sememangnya bukan rezeki kami bertiga... 

"HARAP MAAF NAMA ANDA TIADA DALAM SENARAI BERJAYA"

selesai sudah penantian kami bertiga yang penuh dengan kesedihan...................

sekian.....