21 March 2012

~kes mengikut musim~

Assalamualaikum...

sedar tak sedar dunia sekarang ni dah semakin kejam....banyak sungguh kes kekejaman terutama melibatkan kanak-kanak...dibakar! diculik! dijadikan pelacur! dibunuh!.....Allah....macam-macam kes yang menyeramkan...dan semestinya aku rasa ibubapa diluar sana panas bontot tak boleh duduk diam memikirkan hal yang sedang berlaku ini...

pada firasat dan dari pemerhatian aku kes-kes macam ini berlaku ikut musim...sekali dah musim culik...culik semua nya...sangat bersimpati dengan mereka-meraka yang telah menjadi mangsa keadaan...

tapi aku punya satu lagi persoalan...salah siapakah kes seperti ini berlaku...betulkah anak-anak yang diperlakukan begitu disebabkan oleh dendam atau kesalahan yang dilakukan oleh keluarga meraka sendiri sehinggakan anak-anak ini yang menjadi mangsa...ada pula yang mengaitkan masalah keluarga menyebabkan anak-anak ini yang keluar rumah...ENTAH macama-macam andaian boleh dibuat..tapi yang mengesiankan anak-anak tak berdosa menjadi mangsa..

sama-sama lah kita berwaspada..

sekian...

*semoga zaman aku ada anak nanti kes macam ni tak berlaku lagi

20 March 2012

~ SORRY~

Assalamualaikum..

melihatkan tajuk entry aku kali ini sudah pasti ramai yang sudah dapat meneka apa pula cerita yang nak aku share kan disini..... memohon kemaafan merupakan perkara yang terakhir bagi aku selepas berusaha untuk tidak melakukan apa-apa kesalahan yang menuntut aku memohon kemaafan....tapi dalam situasi yang berlaku sekarang ini aku langsung tak berdaya untuk melawan seterus nya seribu kemaafan aku pohonkan kepada teman-teman yang sangup bersusah senang bersama-sama....

aku memohon maaf kepada kalian kerana sejak dua menjak ini aku langsung mendiamkan diri..panggilan telefon aku biarkan..comment2 di muka buku aku abaikan..sms aku lantakkan...maaf wahai teman...ada yang menegur kenapa mendiamkan diri...tak ada jawapan yang aku jelaskan...hanya terus mendiamkan diri...

sebenarnya aku bukan sengaja untuk melakukan semua tu...tapi malu pada kamu semua yang masing-masing sedang seronok dengan kerjaya masing-masing..tapi aku masih disini...tiada sebarang perkembangan yang membanggakan....malu untuk meletakkan diri seiring dengan kamu semua...jadi aku diamkan diri...rasa rendah diri ditahap yang kritikal memaksa aku untuk terus menjauhkan diri....

kepada kalian semua walau aku mendiamkan diri...aku doakan kamu semua mencapai apa yang dicita-cita kan.........



06 March 2012

~ADIK~





sekarang masa untuk perkenalkan adik aku....nurul syafiqah...last week baru balik hantar dia sambung study dekat uitm shah alam...
air yang dicincang pasti tidak akan putus...perumpamaan yang sangat sesuai untuk kami yang dah bermasam muka selama seminggu lebih....tapi apa-apa pun kami dah pun berbaik semula....
rasanya ini pergaduhan yang paling besar yang pernah berlaku antara kami berdua...hahaha

to adik : stdy rajin2 kat sana....jangan nak gaduh dengan aku lagi


~makcik yang kugelar sebagai PENYEBUK!~

kisah petang semalam........(++++ tension)

semalam petang tengah tengok tv mak pun cakap...
mak : jum teman mak
aku : pergi mana?
mak :pergi umah mak ngah
aku : buat apa?
mak : tengok atok dan hantar baldi n roti canai untuk atuk....
aku : jum....

duduk lah aku kat belakang motor diam2 sambil pegang baldi yang dalam nya terisi sebungkus roti canai....
sampai rumah mak ngah tak sangka pulak ada muk long n satu makcik nie.....aku ok lagi...biasalah kalau ada orang tua kat rumah memang ramai yang datang rumah....nak jadi kan cerita...mak cik satu ni yang datang dengan muk long aku nie heboh tanya macam2 kat aku....

makcik : dah habis blajar ke
aku : dah
makcik : belajar kat mana?
aku : UPM
makcik : buat apa skang? tak keje lagi ke?
aku : ngah cari keja...susah nak dapat keje sekarang ni..sampai sekarang tak keje2 lagi..
makcik : tu lah kenapa dulu tak amek khusus sains farmasi ek...khusus2 sains ke...senang dapat keje....kan dah susah.
aku : kalau pandai dah lama amek kos2 yang maha hebat tu...


ish ikut kan hati nak jerk aku sumbat roti canai kat mulut dia....aku terus ajak mak balik...sumpah!!!! nyesal aku pergi rumah mak ngah tu....nasib mak yang suruh


04 March 2012

~LUMRAH~

bila habis spm...sebuk nak sambung stdy...bila dah dapat sambung tak kira lah kos apa pun pastinya akan pergi....dan sekarang kemelut selepas stdy....alam pekerjaan......kerja! kerja!kerja!...tau tak betapa susahnya zaman sekarang ini untuk memiliki pekerjaan....fresh graduate macam aku nie dah hampir 6 bulan tanam anggur....tapi langsung tak de hasil....

tahu tak kamu situasi aku sekarang nie...mereka2 yang habis stdy lambat dari aku pun dah mula mendapat pekerjaan...tapi aku masih ditakuk lama.....lagi tension bila ramai orang sering kali tanya dh kerja ke?? bila nya nak kerja?? apa mereka semua ingat aku ni cuma duduk goyang kaki tak kuar interview ke apa...tapi rezeki aku masih belum sampai...faham tak kamu yang diluar sana betapa tertekan nya aku dengan soalan yang tak putus2 itu sehingga kadang kala meleleh jugak lah.....

kadang2 pergi intervew lain jawatan yang dipohon lain pulak jawatan yang diberi....so macam mana aku nak accept keja tersebut....bukan memilih tapi kalau dah kerja yang tak da basic gaji macam mana aku nak kerja.....


* bersabar lah kamu wahai Norhana