21 December 2015
20 December 2015
BAHAGIA YANG DICARI
Assalamualaikum...
hujan yang tadi lebat sudah mula renyai dan ada tanda- tanda akan berhenti membasahi bumi..
saat yang baik untuk mengangkat tangan dan terus berdoa...
kalau di tanya apa yang aku mahu ketika dan saat ini sudah pastilah jawapan aku...
aku teringin rasa bahagia dan senyum sepanjang hari....
lama rasa aku tak senyum dengan ikhlas dari rasa yang betul2 bahagia....
Ya Allah kembalikan lah semua rasa itu....
17 December 2015
BAGAI BARU DILAHIRKAN SEMULA
aku yang berdiri hari ini bukan lah aku 3 bulan yang
lepas....3 bulan yang lepas aku adalah seorang yang pemarah seorang yang bengis
seorang yang keras seorang yang suke berleter seorang yang bermasam muka
seorang yang merimaskan aku seorang yang kusut...
aku manusia yang tiada bimbingan aku lupa aku lalai aku
membesarkan amarahku aku abaikan suruhan
NYA......semua keburukan letaknya pada aku.....
sehingga lah aku disedarkan dengan satu perkara yang
menyatakan aku semakin jauh dari landasan aku semakin jauh dr tanggungjawab
ku....
dan akhirnya aku akui semua kesilapan berpunca dari diri
ini....aku x pernah sedar akan kesalahan aku selama ini...aku x menyalahkan
mereka kerana tidak membimbing aku....ini lah hakikat kehidupan yang aku harus
lalui...
aku yang berdiri hari ini adalah aku yang baru....tekad ku
untuk memperbetulkan segala kesalahan kelalaian dan kekhilafan aku...aku juga
manusia biasa tak pernah lari dari melakukan kesilapan tak pernah kering dari
melakukan dosa....tapi aku bukan malaikat......tiada lagi amarah leteran
kekerasan...
apa yang sedang aku usahakan ini mungkn sudah
terlambat...mungkin sudah tidak dterima...mungkin sudah tidak dapat
diselamatkan...mungkin sudah tidak bernilai.....
walau apa pun yang terjadi aku tetap teruskan tekad ku
ini....kerana aku tahu ALLAH ITU SENTIASA ADA UNTUK MEREKA YANG MAHU BERTAUBAT.....
doakan aku terus kuat menghadapi ranjau hidup ini.....
AKU BUKAN ISTERI SEMPURNA
Aku tidak mungkin memaafkan
Kesalahan engkau terhadap diriku
Engkau meragut semua
Menodai diriku tanpa rela
Aku ditinggalkan seorang diri
Engkau pergi jauh tak mungkin kembali
Dia sudi terima
Oh dia sanggup menjadi
Penggantimu
Aku bukan isteri sempurna
Yang terbaik di pandanganmu
Tetapi aku teramat menyayangimu
Aku bukan isteri sempurna
Tetapi aku sanggup
Hidup setia di sampingmu selamanya
Percayalah... percayalah...
Jangan lagi kau ragui aku
Aku bukan isteri sempurna
Yang terbaik di pandanganmu
Tetapi aku teramat menyayangimu
Aku bukan isteri sempurna
Tetapi aku sanggup
Hidup setia di sampingmu selamanya
Percayalah .. percayalah..
Kerna aku teramat menyayangimu
Aku harapkan engkau sudi
Terima diri ini
Cintai aku, sayangiku
Tempatnya isteri di sisi suami
Kesalahan engkau terhadap diriku
Engkau meragut semua
Menodai diriku tanpa rela
Aku ditinggalkan seorang diri
Engkau pergi jauh tak mungkin kembali
Dia sudi terima
Oh dia sanggup menjadi
Penggantimu
Aku bukan isteri sempurna
Yang terbaik di pandanganmu
Tetapi aku teramat menyayangimu
Aku bukan isteri sempurna
Tetapi aku sanggup
Hidup setia di sampingmu selamanya
Percayalah... percayalah...
Jangan lagi kau ragui aku
Aku bukan isteri sempurna
Yang terbaik di pandanganmu
Tetapi aku teramat menyayangimu
Aku bukan isteri sempurna
Tetapi aku sanggup
Hidup setia di sampingmu selamanya
Percayalah .. percayalah..
Kerna aku teramat menyayangimu
Aku harapkan engkau sudi
Terima diri ini
Cintai aku, sayangiku
Tempatnya isteri di sisi suami
KEMBALI...
ASSALAMUALAIKUM.....
berzaman rasanya tinggalkan blog ni....biasalah kesibukan sebagai seorang isteri dan juga mommy kepada cahaya mataku amat2 tidak mengizinkan aku untuk terus menulis...kini aku kembali semula....macam biasalah adalah satu keajiban bila aku kembali menulis....dan setiap kali aku kembali pasti ada cerita yang akan aku kongsikan....
kali ini penulisan aku lebih terbuka dan aku lebih khusus kan kepada seseorang....aku harap dia membaca isi hati ini.....aku bukan insan yang sempurna....
berzaman rasanya tinggalkan blog ni....biasalah kesibukan sebagai seorang isteri dan juga mommy kepada cahaya mataku amat2 tidak mengizinkan aku untuk terus menulis...kini aku kembali semula....macam biasalah adalah satu keajiban bila aku kembali menulis....dan setiap kali aku kembali pasti ada cerita yang akan aku kongsikan....
kali ini penulisan aku lebih terbuka dan aku lebih khusus kan kepada seseorang....aku harap dia membaca isi hati ini.....aku bukan insan yang sempurna....
09 January 2014
KIPAS PUNYA HAL!
Assalamualaikum..
Bermula lah tahun 2014....apa pula yang akan terjadi untuk tahun ini sama-sama lah kita tunggu dan lihat serta hadapi dengan penuh redha...wah gitu..
entry kali ni aku nk cerita pasal tuan rumah sewa yang taik hidung masin! nasib lah aku tak ada rumah sewa yang lain kalau tidak dah lama aku pindah! wah! mula2 masuk bukan main baik lagi ko kan! dah lah sewa mahal rm 550 ok! alor gajah je pun..itu pun tak boleh nak toleransi.....
Nak dijadikan cerita satu hari rumah yang aku sewa ni suis dan kipas dekat bahagian ruang tamu rosak...suami aku ni pun call lah tuan rumah cakap nak baiki dan tolak duit sewa rumah...macam biasa lah kan...tak kan aku pulak yang nak tanggung kerosakan rumah dia...lain lah rumah tu rumah baru..tah2 benda tu memang dah lama nak rosak tinggal tunggu masa je nak terus tak berfungsi...boleh tuan rumah tu cakap "saya baru pasang kipas tu kalau nak tukar atas urusan sendiri tak boleh tolak sewa...habis suis tu ko baru tukar jugak ke!..padahal kami ni x penah lewat bayar sewa..tu pun nak berkira sangat.mentang-mentang lah aku belum mampu beli rumah sendiri.
sejak dari peristiwa tu aku dengan suami nekad untuk beli rumah sendiri, sebab aku rasa sangat ditindas..last2 2014 loan rumah kami telah lulus dan rumah akan siap 2015..puas hati aku!
sekian,
Bermula lah tahun 2014....apa pula yang akan terjadi untuk tahun ini sama-sama lah kita tunggu dan lihat serta hadapi dengan penuh redha...wah gitu..
entry kali ni aku nk cerita pasal tuan rumah sewa yang taik hidung masin! nasib lah aku tak ada rumah sewa yang lain kalau tidak dah lama aku pindah! wah! mula2 masuk bukan main baik lagi ko kan! dah lah sewa mahal rm 550 ok! alor gajah je pun..itu pun tak boleh nak toleransi.....
Nak dijadikan cerita satu hari rumah yang aku sewa ni suis dan kipas dekat bahagian ruang tamu rosak...suami aku ni pun call lah tuan rumah cakap nak baiki dan tolak duit sewa rumah...macam biasa lah kan...tak kan aku pulak yang nak tanggung kerosakan rumah dia...lain lah rumah tu rumah baru..tah2 benda tu memang dah lama nak rosak tinggal tunggu masa je nak terus tak berfungsi...boleh tuan rumah tu cakap "saya baru pasang kipas tu kalau nak tukar atas urusan sendiri tak boleh tolak sewa...habis suis tu ko baru tukar jugak ke!..padahal kami ni x penah lewat bayar sewa..tu pun nak berkira sangat.mentang-mentang lah aku belum mampu beli rumah sendiri.
sejak dari peristiwa tu aku dengan suami nekad untuk beli rumah sendiri, sebab aku rasa sangat ditindas..last2 2014 loan rumah kami telah lulus dan rumah akan siap 2015..puas hati aku!
sekian,
MIRACLE...
Assalamualaikum..
Syukur kehadirat ilahi doa kami akhirnya termakbul!! bermulalah episod baru dalam kehidupan aku...setelah 9 bulan diijabkabulkan akhirnya penantian kami berakhir dengan sebuah berita yang menggembirakan...ko ngandung cik jah!....syukur....dan sekarang dah masuk 16 minggu (4bulan) mau tak gembira...aku nak jadi mummy dah...=) tapi sebelum sah aku hamil akak sulung aku ada mimpi yang aku tengah ngandung..seminggu lepas tu aku cek mimpi dia jadi kenyataan....
cerita pertama :
dah lambat dari tarikh period ni...tapi malas nak berharap..kalau dah malas nak berharap tu tak adanya lah aku nk pergi bazir duit beli ujian kehamilan tu...padahal hati ni bukan main mengharap mulut aje kata lain..perempuan kata nya...ada lah lewat dalam 7 hari...bagi tau suami, dia pulak kata tunggu lewat 10 hari baru cek...ikut lah kata suami ni ha..baik kan aku..ok dah masuk 10 hari! lunch pergi guardian beli ujian kehamilan...esoknya subuh2 aku dah bangun semangat nak cek...tebuntang mata aku tengok ada 2 line....ok buat slumber pergi kejut bagi tau suami...dia pulak mamai senyum dan terus tido semula....sakit hati mak!....ingat nak peluk cium ke ape...lepas pegi kerja baru dia sedar dari mimpi...pui! pending lama sangat...malas lah nak cita adegan romantik pastukan....=)...untuk memastikan yang betul ke ada baby dalam perut ni aku g klinik cek dan scan...nampak lah si kenit dalam rahim aku...7 minggu usianya...duk diam2 tau..baru lah aku percaya yang aku memang nak jadi mummy dah....senyum sepanjang hari...
cerita kedua :
bulan pertama aku cergas bukan main..langsung tak ada sintom-sintom alahan..sampai kadang-kadang lupa yang aku sedang berbadan dua...masuk bulan kedua dan seterusnya dia datang dahhh...aku mula lembik...asik nak membuta aja...semua jenis bauan aku tak boleh temasuk bau suami aku...makan tak lalu sampai lah sekarang. berat makin menurun...dari 43 jadi 42...makanan yang paling aku alah ayam masak kicap dengan nasi...jadi dah 2 bulan aku x makan nasi...masak? usah cerita aku langsung tak ke dapur..suami makan kat luar lah ye...cerita pasal muntah-muntah pulak...masa bulan kedua tiap2 masa nak muntah tapi sekarang muntah hanya waktu malam dan bila perut kosong..satu dugaan yang paling akan aku ingat sampai bila-bila tiap-tiap malam aku akan sakit perut...Allah jerk yang tahu...jadi sepanjang tempoh 4 bulan ni suami lah yang banyak menanggung segala kerenah aku...terangak itu teragak ini tapi bila dibeli makan sesudu aje..nasiblah...nak tau sapa yang turut mabuk sama macam aku? biasa orang kata suami akan dapat tempias tapi tang aku abah aku yang mabuk...sian dia..lembik,muntah,tak boleh bau-bau sama macam aku...sama-sama lah kita abah ye...
banyak nak cerita sebenarnya tapi kang penuh pulak...jadi aku stop dekat sini nanti sambung untuk cerita ketiga.
sekian,
KINI SUDAH KEMBALI
Assalamualaikum...
Setelah sekian lama akhirnya dapat jugak aku kembali menulis dalam blog kesayangan aku ni...
almaklumlah latop yang sedia berkhidmat sejak di Universiti asik rosak dan hari ni baru lah dia kembali untuk berkhidmat kepada tuannya ni...heaven sangat bila dapat menaip semula dengan latop sendiri...
setelah sekian lama tinggal kan blog ni ada beberapa cerita yang nak aku coret dan kongsikan. Mana yang boleh dijadikan sebagai panduan sama-sama lah kita amalkan lain-lain tu mungkin tak lari dari kisah hidup aku.
selamat kembali kedunia bloger wahai Norhana.
04 March 2013
KE PORT DICKSON KAMI...
Time to honeymoon...wehuuuuuu!!! istilah honeymoon memang sesuai sangat lah digunakan kepada mereka-mereka yang baru sahaja melangkah ke alam rumahtangga...nak berdua-duaan lah katakan..hehehhe...setelah selesai majlis dikedua-dua belah pihak kini tibalah masa untuk aku honeymoon....pada mulanya banyak tempat yang aku dah rancang untuk honeymoon kami tapi memandang kan waktu yang kami pilih adalah bersempena Chinese New Year so tak banyak tempat yang kami dapat pergi. faham aje lah kalau dah time-time hari perayaan macam tu kan semua full book dan jugak harga yang berlipat kali ganda dari harga hari-hari biasa....fikir punya fikir akhirnya kami decide untuk pergi lexis hotel dekat PD...lebih kurang sejam lebih dari alor gajah...jadilah kan! dari tak bejalan langsung ditambah pula dengan cuti panjang yang telah diambil sejak awal lagi....done! tak sabar nak pergi bercuti..(kemain ko kemah!) dah gembira sangat nak pergi ni......
tak selesai disitu sahaja...percutian kami menghadapi sedikit masalah...sangat down n tak semangat terus nak pergi bercuti!!! macam nibalik kampung lagi bagus!! (ayat sebak time tu..hehehehe) menangis punya menangis akhirnya masalah berjaya diselesaikan oleh suami aku....yehuuuuu....
berholiday lah kami di lexis hotel...jum layan 2,3 kerat gambar kami....
gambar lain akan diupload malam nanti..hehhehe
sekian dari aku....
KINI SEBAGAI PUAN...=)
Assalamualaikum....
Agak berbulan juga lah aku tinggal kan kisah dalam blog ini...dan baru hari ini semangat untuk menulis kembali semula....sebelum ini ada juga rasa mahu menulis tetapi semangat tu belum ada... banyak pekara baru yang aku alami dalam beberapa bulan ini....pekara paling besar telah berlaku dalam hidup aku...status kini sudah berubah...kalau dulu aku hanyalah seorang anak kepada kedua orang tua ku..kini aku mendukung sebuah tanggungjawab yang lebih besar kerana sudah begelar isteri kepada suami ku....(sedih lah pulak!).... tidak ada lagi istilah bujang dalam hidup aku selepas ini....lepas ini sila panggil aku Puan Anne@ Ana okeh! hehehehe....semangat sangat....
setelah mengikat tali pertunangan selama 8 bulan kini tibalah masanya kami di ijab kabulkan...tarikh 2/2/2013 telah dipilih sebagai tarikh keramat antara saya dan suami sebelah perempuan dan 10/2/2013 sebelah lelaki....bedebar-debar okeh! setelah semua persiapan telah dibuat (time ni memang semua pening kepala..huhuhu ) maka tibalah hari yang dinantikan...jeng2...
"AKU TERIMA NIKAH NORHANA BINTI MAHAT DENGAN MAS KAWIN NYA RM 50.00 TUNAI"
Ini lah rupa aku semasa selesai diijabkabulkan....( muka tepinga2)
manje-manje lah konon
dengan seklai lafas sahaja maka sah lah kami sebagai suami isteri.. Dan bermula dari saat ini jadilah kamu isteri yang solehah wahai Norhana Binti Mahat kepada suamimu Muhammad Azraf bin Said dan beriman lah kamu kepada Allah S.W.T. amin....
Selesai majlis akad nikah + sesi menangis semua...Alhamdulillah....segalanya berjalan dengan lancar dan penuh dengan kegembiraan dan mudah-mudahan mendapat rahmat dan berkad dari yang Maha Esa...amin...selesai majlis akad nikah tiba lah masa untuk sesi bersanding..tema yang dipilih biru pink...
kanopi by andaman cik yah ( aku tengah bg arahan..huhuhu)
Pelamin dan solekan by Qaseh Bridal
dua2 gambar kat atas ni adalah BFF FOREVER!!
banyak lagi gambar tapi belum siap lagi..sabor ye..
Dengan itu berakhir lah sudah zaman bujang aku dan majlis perkhawinan kami...selaku tuan rumah saya aku ingin megucapkan ribuan terima kasih kepada semua kru dan team yang telah terlibat dalam menjayakan majlis aku (cewah)...baik dari tukang masak, orang rewang dan juga wedding planer tak lupa buat kawan-kawan yang sudi datang memeriahkan lagi majlis aku baik dari jauh mahupun dekat...terima kasih banyak-banyak....kepada keluarga terutama mak dan abah tak de ucapan yang mampu dilafaskan...I LOVE U SO MUCH...=( (anak mak dah kawen mak...macam tak percaya jerk)....untuk rombongan dari sebelah lelaki mintak maaf kalau ada yang terkurang....
Akhir sekali...terima kasih kepad semua kerana sudi membaca...doa kan rumah tangga kami bahagia hingga ke syurga dan copat2 den dapek baby...=)
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
kejap-kejap jangan bangun dulu ada lagi ni...sabar...hehehehe
selesai majlis disebelah aku..tiba masanya majlis bagi sebelah lelaki pula...10/2/2012 kami disandingkan sekali lagi....loteh weh koje sanding jerk....( tapi aku dah rindu nak naik pelamin lagi dengan suami tercinta..gatal!) jum layan beberapa gambar kami di Melaka....
Abah jerk tak ada dalam gambar ni sebab sebuk bebenor ka luar dah macam majlis dekat rumah dia...
sekian dari aku...
11 January 2013
DITELAN MATI EMAK DILUAH MATI BAPA
Asslamualaikum.....
Hai korang...=( hari ni tak tau nak mula menulis dari mana, semua serba tak kena...hati rasa tak setenang hari-hari biasa.....serabut dengan seribu macam masalah...sepatutnya lagi beberapa minggu nak berumahtangga hati semakin berbunga-bunga...tapi aku tidak!...bukan runsingkan perihal majlis yang akan berlangsung tapi ada masalah lain yang teramat merunsingkan aku....
mengerti tak kamu semua tentang rasa celarunya bila kita tak nak sambung study tapi kena paksa sambung.....cerita bermula bila aku dipaksa sambung master (full time)...aku tanak! =( aku tahu sejauh mana kemampuan aku untuk study...aku tak mampu...aku tahu akhirnya aku akan kecundang....hati aku langsung tak ada untuk study sekarang ni....bagi lah aku masa wahai kekasih....aku belum bersedia untuk bergelar pelajar sekali lagi....banyak pendapat yang aku minta dan masing-masing memberikan pendapat yang sama "kalau belum bersedia untuk belajar lebih baik hold dulu"....dan aku rasa itu lah keputusan yang patut aku ambil...tapi saat ini aku tak dibenarkan untuk membuat keputusan untuk diri sendiri....nafas seolah-olah semakin menyesakkan....orang yang aku sayang dan paling aku percaya tak menyokong keputusan aku..sedih yang teramat...tahukah kamu wahai kekasih hati aku sangat berat untuk study...tak pernah aku rasa seberat ini...tolong lah selami hati dan fahami saya untuk sekali ini sahaja.
masa degree pun aku rasa cukup susah untuk aku habiskan...dan grad dengan hanya cukup-cukup makan..ini kan pula untuk sambung master...bagi lah aku teruskan kerja sekarang ni...master bila-bila boleh sambung kalau kite betul-betul dah besedia...lagi lah lepas ni semua subjek study dalam bi tak sama macam degree dulu..saya tak sepandai awak..dan paling penting saya kenal siapa saya dan saya yakin saya tak mampu....
masa degree pun aku rasa cukup susah untuk aku habiskan...dan grad dengan hanya cukup-cukup makan..ini kan pula untuk sambung master...bagi lah aku teruskan kerja sekarang ni...master bila-bila boleh sambung kalau kite betul-betul dah besedia...lagi lah lepas ni semua subjek study dalam bi tak sama macam degree dulu..saya tak sepandai awak..dan paling penting saya kenal siapa saya dan saya yakin saya tak mampu....
lagi berapa minggu kita akan sah menjadi suami isteri bagi lah aku peluang untuk menjadi isteri kamu..berada dekat dengan kamu..menyediakan makan minum kamu..berbakti untuk kamu..menunggu kamu pulang dari mencari rezeki...izin kan aku menjalankan tanggungjawabaku...aku janji akan sambung study selepas aku rasa betul-betul bersedia...dan andai umur ini tak panjang sekurang-kurangnya aku pernah menjalankan tanggungjawabku...kalau study ambil masa 1-3 tahun...dalam masa tu macam-macam boleh berlaku...
dan semestinya saat yang penuh menyesakkan ini...aku perlukan EMAK aku...mak ana balik malam ni...nak nangis puas-puas..YA ALLAH BERI LAH HAMBA MU INI PETUNJUK....
sekian....
03 January 2013
PRE WEDDING ANA & AZRAF
ASSALAMUALAIKUM....
Hari ini aku just nak share antara pekara yang aku dah selesaikan sebelum menjelangnya hari bahagia kami...bercakap pasal persiapan perkhawinan photografer antara yang terpenting yang harus ada dalam chek list korang..maklumlah segala yang berlaku sebelum dan semasa dan selepas majlis harus dibuktikan...nanti dah tua-tua boleh tengok balik..bayangkan time rambut dah putih dah bercucu cicit then tengok balik album kawin kan ke sweettt tu...hehehehe....
Nak dijadikan kisah... pada awalnya aku tanak pre wedding ni...nampak macam kebaratan sangat....tapi macam rugi lah pulak dalam pakej dah ada tapi kita tak buat....so last2 aku decide ambil jerk gambar sempoi2...lagi pun aku tak ada koleksi gambar romantik-romantik dengan azraf ni......jadi masa christmas hari tu kami pun kuar buat pre wedding yang simple2 jerk...langsung tak bertema....main belasah jerk....pose lah gaya macam mana pun....lokasi area kota A famosa Melaka masa yang diambil cuma 2 jam setengah jerk...
ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada team UNGGAS......
dah malas nak bebel panjang2...jum layan gambar kami....(ada antara gambar yang aku ceduk idea hasil carian dari google)
Sekian.......
22 December 2012
ANTIBODY!!
Assalamualaikum....
1st aku nak korang layan dulu gambar ni......
1st aku nak korang layan dulu gambar ni......
rasanya semua orang dah kenal dengan produk Scott Emulsion...sekalipun tak penah rasa pasti penah nampak kat mana2 kedai atau farmasikan....Scott ni didatangkan dalam dua perasa satu oren satu yang original ikan warna putih....
Semenjak nak kawin ni macam-macam benda aku nak makan untuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran....oleh kerana aku ni jenis antibody yang lemah mudah demam n lesu tambah pulak selera makan yang sangat kurang so aku decide nak ambik supliment jenis Scott ni....tujuan utama pengambilan adalah untuk control daya tahan badan aku ni dan untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat...maklumlah nak kawin ni macam 2 benda nak buat...biasa nya yang makan benda ni kanak-kanak...tapi jangan silap! sebab orang dewasa pun boleh makan....aku memilih perisa oren sebab rasa nya yang boleh ditelan dek tekak...penah cuba yang original tapi mak ai nak muntah rasanya....tak tertelan!!!
kenapa aku pilih produk ni? sebab harga yang mampu milik! huhuhuhu...so pada sapa2 yang nak cuba produk ni boleh lah terus kan niat tu sebab tak rugi satu sen pun....
tak tau nak makan apa pulak lepas ni sebab macam nak makan coco collegen power plus....(tengah taksub nak dapat kulit yang tulus mulus!)
sekian, salam
10 December 2012
E.S.C.A.D.A
Assalamualaikum.........
Pemilihan perfume memang memeningkan......bayang kan dalam satu masa terpaksa cium 3 jenis bau minyak wangi....sah-sah lah kepala boleh ting tong kan....aku bukan jenis yang pakai sangat perfume ni dan aku rasa tak penting sangat pun pakai perfume ni...tapi bila nak kawin ni...aku rasa perfume perlu dimasukkan dalam senarai hantaran aku....gatal!...hehehe...tak salah sekali sekala beli walaupun tak pakai...huhuhuhu...
Alkisahnya....termasuk malam tadi dah 3 kali aku g servey perfume...punya lah susah aku nak pilih...last-last sekali aku cuba satu perfume ni nama dia ESCADA...aku tak tau lah escada atau pun sekadar...hahhaha balun kan ajelah....seyes! aku sudah jatuh hati dengan perfume escada ni...sampaikan nak tido malam tadi pun aku dok hidu-hidu bau perfume ni dekat tangan aku dan tak sedar bila masa aku tertido...dasyat kan!...bau dia fresh2 gitu......harga dia 1 set 3++......
DONE! dah jumpa perfume yang aku nak....tapi tak beli pun lagi...just beli perfume untuk si azraf dulu...dah lama dia dok belek-belek dunhill desire merah tu...boleh pulak dia cakap nak pakai terus pastu baru wat hantaran...elok sangat lah tu kan...memang aku tak bagi lah...gelojoh kau azraf!....
Bila agakya aku nk beli perfume ni...seyes tak sabar!
Sekian.....
SUDAH TERTULIS
Assalamualaikum.....
Mungkin sudah tertulis yang kali ini rezeki tidah menyebelahi aku.....permohonan untuk menjadi seorang warga pendidik sudah berakhir...tak apa mungkin bukan rezeki aku...tapi agak sedih jugak hati ini....hati menangis..huhuhu
Untuk pengetahuan semua aku cubaan pertama aku untuk melayakkan diri dalam bidang perguruan sudah berjaya...selesai memohon DPLI aku dipanggil oleh pihak kementerian untuk menduduki Mtest...aku bersama-sama 2 orang kawan yang lain turut dapat perkhabaran gembira itu..masing-masing sibuk belajar sebagai persediaan menghadapi ujian tersebut...sampai lah hari yang dinanti kami sama-sama tawakal dan menduduki ujian tersebut..
Selesai ujian Mtest kami dikhabarkan sekali lagi dengan berita gembira...LULUS! exam....dan langkah seterusnya diminta untuk menjalani sesi terakhir iaitu sesi interview bagi memilih calon yang layak...sekali lagi kami sama-sama pergi dengan harapan yang agak menggunung walaupu tahu harapan sangat tipis....tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu...
DONE! interview selesai. legaaaaaa.....difahamkan result untuk interview akan keluar 3 minggu dari tarikh berakhirnya sesi interview....
Sampai lah masa 11/12/2012 tarikh keramat untuk semua perserta interview cek keputusan masing2...ternyata sememangnya bukan rezeki kami bertiga...
"HARAP MAAF NAMA ANDA TIADA DALAM SENARAI BERJAYA"
selesai sudah penantian kami bertiga yang penuh dengan kesedihan...................
sekian.....
sekian.....
17 November 2012
2 bulan 15 hari
Assalamualaikum...
Beku!! satu-satunya perkataan yang sedang bermain-main dalam kotak fikiran aku sekarang ini...mana tidaknya dengan keadaan hujan lebat dekat luar dengan aircond nya lagi...maka haruslah aku sejuk membeku dalam office ni....dah aku slow kan aircond ni tapi masih lagi sejuk...tambah lagi perut yang dah keroncong u rabiah ni...mana lah Azraf Said aku ni x datang lagi hantar nasi....
bilang punya bilang kira punya kira....2 bulan 15 hari je lagi yang tinggal untuk wedding aku...patut lah mak aku dok bising-bising mintak aku buat persiapan....huhuhu...pada aku lama lagi...mak aku lak cakap tak lama dah lagi...tu y dia dok tekan-tekan aku...aku lak bila dah tertekan aku tekan orang lain pulak dan semestinya yang menjadi mangsa adalah Muhammad Azraf bin Said ( love u lah!) hehehehe....yang sebenarnya aku dah siapkan satu note book untuk persiapan majlis supaya majlis akan berjalan dengan lancar dan tak ada benda-benda penting yang akan terlepas pandang.
jom tengok apa jerk pekara-pekara yang aku dah siapkan dalam masa kurang dari 3 bulan je lagi ni....lai-lai mari tengok...
1. wedding planer
2. photografer
3. kad jemputan
4. kanopi
5. baju nikah
6. goodies bag ( barang dalam tu belum beli lagi)
7. bunga rozel untuk kendarat (DIY sendiri je)
8. dj + karaoke
9. bunga telur ( pink colour air hitam mari)
10.bunga manggar
11. paha
done...tu jerk antara pekara yang aku dah selesai kan....bab makanan aku dah serahkan sepenuhnya pada mak dan abah...
sekian saja...
15 November 2012
Sekadar Ulasan!!
Assalamualaikum...
** terima kasih sudi membaca**
Lama rasanya tak bersilat dalam blog ni...dah bersawang!!. untuk orang yang jenis macam aku ni memang susah sangat nak tekun dalam sesi penulisan blog ni...ada jerk halangan nya...halangan yang pertama tentulah malas!!, masa bukan satu halangan bagi aku maklum saja lah orang yang tak bekerja macam aku ni masa memang sentiasa ada....huhuhu...tapi hari ini aku gigihkan jugak menulis dalam laman blog ni sebab banyak sangat dah yang aku nak cerita tapi tak kesampaian sehingga lah ke hari ni....wah!!! seronok pula menaip dengan komputer ni huruf satu-satu dan sangat mudah! untuk ditekan...nantikan cerita aku yang selanjutnya di page yang seterusnya...semua yang bakal aku coretkan nanti sekadar untuk berkongsi.....
** terima kasih sudi membaca**
15 September 2012
BOLEH PENGSAN!!
Assalamualaikum....
Entry untuk malam ini!!.. 15 September 2012...bermula pukul 8 pagi bangun tido...celik mata kemas katil
basuh kain..agak pelik lah untuk hari ini aku bangun terawal lah pulak! biasa bukan main liat lagi...hari ini kena semangat sebab aku akan jalan2 cari wedding planer...pergi dengan kawan baik time sekolah dulu because dia pun nak kawen awal tahun depan......ok jam 10.15 gerak pergi segamat...jalan punya jalan dapat lah 3 buah butik yang aku rasa boleh dipertimbangkan untuk dijadikan wedding planer...tapi itu pun aku masih tak puas hati..apa yang aku nak sume nya tak dapat..dapat! tapi belanja yang besar! untuk status orang macam aku ni RM3500 sangat lah mahal!! tak kuasa aku nak perabis duit kat situ sampai beribu!.....
Tahu tak korang betapa siksanya jiwa dan raga nak pergi pilih mak andam untuk majlis....ada yang makeup ok pelamin tak ok...ada yang pelamin ok makeup tak ok...paling-paling susah bila butik tu tak sediakan gambar laters hasil kerja diorang...so kite nak menilai pun susah...dekat situ je aku dah rasa nak muntah darah dan pening...sampai sekarang aku masih duk fikir nak ambil yang mana!!!
Untuk majlis yang tak sampai 5 bulan lagi...kira2 4 bulan 14 hari aku mula dah tak tentu arah...tak boleh nak cool langsung...suma benda nak kena fikir....photog satu hal...mane nak cari yang mengikut bajet aku...haish...pening sekali lagi...sudahnya aku malas nak fikir...huhuhuhu...
Pada u all yang dah kawen kat luar sana mesti faham situasi aku ni...pada yang belum...ko tunggu lah saat nye nanti...hehehehhe...salam..
**terimakasih sudi membaca**
14 September 2012
10.1
Assalamualaikum...
SAMSUNG GALAXY TAB 10.1.....budak tadika pun dah pandai guna benda alah ni aku rasa..tengok jelah time raya hari tu..balik umah nenek..masing-masing pegang benda alah ni men game..mana-mana rumah nenek yang up to date sikit main internet ber on9..yang besar yang kecik yang nipis..sume ada..tu jelah keje budak2 sekarang...(sama lah macam yang cakap tu kan...paku dulang paku serpeh...yang belakang tu sambung lah sendiri!!)
1st time nak dapat kan tab ni aku punya lah teruja...hai lah! mesti best kan....duk tengok orang kehulu kehilir dengan pegang tab gabak besar ni...mula2 rasa ape kebende lah yang orang ni duk pegang besar2 tu...bende alah nie rupa nya...biasa lah manusia kan...belum dapat teruja bukan main amat..
yang ini pulak pandangan aku selepas memiliki tab 10.1 ni...ada best dan ada yang tak best.
1) Aku rasa tab ni untuk suke-suke best lah maksudnya untuk aku buat main game untuk on9 untuk letak gambar memang best sebab senang...senang sebab besar n sambil2 baring pun boleh guna...game jangan cakap lah...tinggal upload jerk game yang jadi pilihan...bab2 ni tab 10.1 memang bagi kepuasan..
2) Yang paling aku lemah tab ni sebab besar...kalau aku keluar jalan-jalan...separuh handbang aku cuma guna untuk isi benda alah ni...rimas!! susah untuk aku amik barang-barang lain yang tersimpan dalam handbag aku...mula nak ngamuk...hehehe...sebab tulah orang salu pegang jerk benda alah ni...aku pulak tanak pegang sebab takut orang cakap aku nak menunjuk!!..
3) untuk yang keja office yang selalu pergi meeting dan yang ada bisnes mungkin tab dapat membantu nak simpan apa2 maklumat..tapi kena ada software.
4) lagi satu susah kalau tak ada blooth...kalau tak ko angkat lah ke telinga benda besar ni...bg sume orang dengar perbualan kome..hahaha
tapi apa-apa pun bersyukurlah apa yang ada...tapi seyes best buat online n main game...tu jelah aku tau..huhu
**terima kasih sudi membaca**
SAMSUNG GALAXY TAB 10.1.....budak tadika pun dah pandai guna benda alah ni aku rasa..tengok jelah time raya hari tu..balik umah nenek..masing-masing pegang benda alah ni men game..mana-mana rumah nenek yang up to date sikit main internet ber on9..yang besar yang kecik yang nipis..sume ada..tu jelah keje budak2 sekarang...(sama lah macam yang cakap tu kan...paku dulang paku serpeh...yang belakang tu sambung lah sendiri!!)
1st time nak dapat kan tab ni aku punya lah teruja...hai lah! mesti best kan....duk tengok orang kehulu kehilir dengan pegang tab gabak besar ni...mula2 rasa ape kebende lah yang orang ni duk pegang besar2 tu...bende alah nie rupa nya...biasa lah manusia kan...belum dapat teruja bukan main amat..
yang ini pulak pandangan aku selepas memiliki tab 10.1 ni...ada best dan ada yang tak best.
1) Aku rasa tab ni untuk suke-suke best lah maksudnya untuk aku buat main game untuk on9 untuk letak gambar memang best sebab senang...senang sebab besar n sambil2 baring pun boleh guna...game jangan cakap lah...tinggal upload jerk game yang jadi pilihan...bab2 ni tab 10.1 memang bagi kepuasan..
2) Yang paling aku lemah tab ni sebab besar...kalau aku keluar jalan-jalan...separuh handbang aku cuma guna untuk isi benda alah ni...rimas!! susah untuk aku amik barang-barang lain yang tersimpan dalam handbag aku...mula nak ngamuk...hehehe...sebab tulah orang salu pegang jerk benda alah ni...aku pulak tanak pegang sebab takut orang cakap aku nak menunjuk!!..
3) untuk yang keja office yang selalu pergi meeting dan yang ada bisnes mungkin tab dapat membantu nak simpan apa2 maklumat..tapi kena ada software.
4) lagi satu susah kalau tak ada blooth...kalau tak ko angkat lah ke telinga benda besar ni...bg sume orang dengar perbualan kome..hahaha
tapi apa-apa pun bersyukurlah apa yang ada...tapi seyes best buat online n main game...tu jelah aku tau..huhu
**terima kasih sudi membaca**
CREDIT TO BBB
Assalamualaikum..
Sebelum aku terus merapu lebih panjang mintak izin nak gelak dulu...nak tau aku gelak pasal apa.. sebab aku tengok ??????
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
Aku memang suke kalau kawan-kawan suke buat keje amal nie..saat yang dinantikan..ha!!hambek sume gambar aku kat fb kasi edit ok!!.. tapi paling tak leh blar siap pesan kat aku jangan ler sampai gambar pinggan mangkuk pun nak suruh edit..agak2 ler...hampeh!
Jadi sebagai tanda terima kasih aku pada si TJ ni aku paparkan hasil kerja dia pada fb dan blog aku ni...cukup lah tu TJ ea...nak bagi duit ko memang suka wat keje amal untuk kawan2 kan..huhu...itu haruss...lain tahun boleh lah edit picture aku kawin pulak kan...sebelum tutup tirai cerita pasal kome, sekali lagi aku ulang TERIMA KASIH DAUN KELADI ESOK2 BUAT LAGI...
**terima kasih kerana sudi membaca**
Subscribe to:
Posts (Atom)

































