10 December 2012

SUDAH TERTULIS

Assalamualaikum.....

Mungkin sudah tertulis yang kali ini rezeki tidah menyebelahi aku.....permohonan untuk menjadi seorang warga pendidik sudah berakhir...tak apa mungkin bukan rezeki aku...tapi agak sedih jugak hati ini....hati menangis..huhuhu


Untuk pengetahuan semua aku cubaan pertama aku untuk melayakkan diri dalam bidang perguruan sudah berjaya...selesai memohon DPLI aku dipanggil oleh pihak kementerian untuk menduduki Mtest...aku bersama-sama 2 orang kawan yang lain turut dapat perkhabaran gembira itu..masing-masing sibuk belajar sebagai persediaan menghadapi ujian tersebut...sampai lah hari yang dinanti kami sama-sama tawakal dan menduduki ujian tersebut..

Selesai ujian Mtest kami dikhabarkan sekali lagi dengan berita gembira...LULUS! exam....dan langkah seterusnya diminta untuk menjalani sesi terakhir iaitu sesi interview bagi memilih calon yang layak...sekali lagi kami sama-sama pergi dengan harapan yang agak menggunung walaupu tahu harapan sangat tipis....tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu...

DONE! interview selesai. legaaaaaa.....difahamkan result untuk interview akan keluar 3 minggu dari tarikh berakhirnya sesi interview....

Sampai lah masa 11/12/2012 tarikh keramat untuk semua perserta interview cek keputusan masing2...ternyata sememangnya bukan rezeki kami bertiga... 

"HARAP MAAF NAMA ANDA TIADA DALAM SENARAI BERJAYA"

selesai sudah penantian kami bertiga yang penuh dengan kesedihan...................

sekian.....


2 comments:

Cik Anita said...

hmmm. xpela Na..tak ada rezeki..aku baru nak tanya sebenarnya.. pttlah ko senyap je..

AnaAnne said...

=( dan sekarang aku de satu mslh besar sgt...=(