11 January 2013

DITELAN MATI EMAK DILUAH MATI BAPA

Asslamualaikum.....

Hai korang...=( hari ni tak tau nak mula menulis dari mana, semua serba tak kena...hati rasa tak setenang hari-hari biasa.....serabut dengan seribu macam masalah...sepatutnya lagi beberapa minggu nak berumahtangga hati semakin berbunga-bunga...tapi aku tidak!...bukan runsingkan perihal majlis yang akan berlangsung tapi ada masalah lain yang teramat merunsingkan aku....

mengerti tak kamu semua tentang rasa celarunya bila kita tak nak sambung study tapi kena paksa sambung.....cerita bermula bila aku dipaksa sambung master (full time)...aku tanak! =( aku tahu sejauh mana kemampuan  aku untuk study...aku tak mampu...aku tahu akhirnya aku akan kecundang....hati aku langsung tak ada untuk study sekarang ni....bagi lah aku masa wahai kekasih....aku belum bersedia untuk bergelar pelajar sekali lagi....banyak pendapat yang aku minta dan masing-masing memberikan pendapat yang sama "kalau belum bersedia untuk belajar lebih baik hold dulu"....dan aku rasa itu lah keputusan yang patut aku ambil...tapi saat ini aku tak dibenarkan untuk membuat keputusan untuk diri sendiri....nafas seolah-olah semakin menyesakkan....orang yang aku sayang dan paling aku percaya tak menyokong keputusan aku..sedih yang teramat...tahukah kamu wahai kekasih hati aku sangat berat untuk study...tak pernah aku rasa seberat ini...tolong lah selami hati dan fahami saya untuk sekali ini sahaja.

masa degree pun aku rasa cukup susah untuk aku habiskan...dan grad dengan hanya cukup-cukup makan..ini kan pula untuk sambung master...bagi lah aku teruskan kerja sekarang ni...master bila-bila boleh sambung kalau kite betul-betul dah besedia...lagi lah lepas ni semua subjek study dalam bi tak sama macam degree dulu..saya tak sepandai awak..dan paling penting saya kenal siapa saya dan saya yakin saya tak mampu....

lagi berapa minggu kita akan sah menjadi suami isteri bagi lah aku peluang untuk menjadi isteri kamu..berada dekat dengan kamu..menyediakan makan minum kamu..berbakti untuk kamu..menunggu kamu pulang dari mencari rezeki...izin kan aku menjalankan tanggungjawabaku...aku janji akan sambung study selepas aku rasa betul-betul bersedia...dan andai umur ini tak panjang sekurang-kurangnya aku pernah menjalankan tanggungjawabku...kalau study ambil masa 1-3 tahun...dalam masa tu macam-macam boleh berlaku...

dan semestinya saat yang penuh menyesakkan ini...aku perlukan EMAK aku...mak ana balik malam ni...nak nangis puas-puas..YA ALLAH BERI LAH HAMBA MU INI PETUNJUK....



sekian....


1 comment:

Cik Anita said...

Hmm.. sedih lah pulak entry kamu nih.. Istikharah sayang..mungkin itu jalannya.. :)