25 November 2011

:: germ dalam kenangan ::


Ajal maut ditangan Tuhan...yang hidup pasti akan pergi....yang pergi pasti tak kan kembali...
26. 11.2011 perginya insan yang bernama teman dalam hidup kami....al-fatihah untuk arwah suffiyan (germ)....walaupun kau tak da, kenangan bersama kau akan kami ingat sampai bila-bila....semoga kau tenang disana.....

* mizam, ayap, usup, adik and fikry....pasni kwn kita melepak dah kurang satu (T-T)


:: yang pergi tak kan kembali ::

Tanda 100 hari sebelum hari mati:

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

24 November 2011

~mak dengan pasu2 nya~

orang perempuan kalau dengan bunga dah macam sahabat...tapi ada juga orang perempuan yang tak suka bunga ( lantak kome lah suke ke idak!!! )...mak aku adalah pengemar bunga..terutama bunga orkid...penah satu masa tu...dia suruh aku pergi beli bunga orkid time pesta MAHA kat serdang.....aku dengan gigih nya beli dua pasu bunga orkid hangkut balik segamat naik bus....bukan main gembira lagi mak aku...( tak tau separuh mati aku merengkik bawak bunga tu naik bus express )...hai lah omak den!!!kali ni lain pulak cerita nya...petang-petang ahad lepas sambil duk melepak dekat umah akak aku sambil-sambil tengok tv...mak aku pun berbunyi ( hah! dah mula dan mak den nie)...mula-mula dia ajak bejalan g jakel nak beli kain katanya....dah tu tak jadik pulak...ini yang timbulnya idea si emak aku ni....ngajak beli pasu pulak dah.. ( kalau mak ajak ayah aku..memang harapan lah dapat pergi, tu yang ajak kita orang )....aku, akak n adik pun layan kan jelah mak nie ha....siap2 then terus ke kedai pasu.....

tapi best jugak g kedai pasu nie...satu pasu ada yang rm 2500.00...peranjat a
ku!!!!
=
=
=
=
=










bakul shopping

yang sebenarnya aku bukan nak cerita pasal pergi shopping...tapi kali ni nak cakap pasal bakul yang digunakan untuk barang2 shopping...last week aku dan adik aku pergi tesco...tak pernah-pernah nak shoping barang dapurkan ( entah apa kena dengan ak
u agaknya tetiba nak shopping barang dapur )...

nak jadikan bahan tulisan aku kali ni...seyes aku memang tak tahu dalam tesco disediakan bakul yang tersangat lah comel untuk pengguna ( pada aku lah )... ciri-ciri bakul tu ada roda + tangkai
( tempat terik ) dan juga bakul tu warna merah....ramai yang gunakan bakul tu dan situasi masa itu sangat lah comel...dan ko orang boleh bayangkan lah muke kami bedua yang tersangat lah jakun dan asik gelak tengok orang usung bakul tu...

memandangkan kat tesco kena bayar rm 20 sen untuk penggunaan satu troli ( tesco sangat kedekut ) so adalah dinasihatkan pada para pengguna untuk menggunakan bakul merah ini....jimat dan ko orang akan nampak lebih cute kalau guna bakul terik nie tau!!

tengok sendiri bakul yang aku heboh sangat tu!!





20 November 2011

~ bila my mum gelakkan~

buat mate lentik2 macam ni..dah lama menjadi impian aku...tapi langsung tak pandai nak buat...puas dah aku study dengan kawan-kawan yang pandai...tapi tangan aku sangat lah keras untuk terus mengukir...DAN!!!!! sekarang baru aku pandai tapi itu pun sikit2 ajer...dan bila mak aku tengok aku nak kuar dengan mata macam tu.....nak tau dialog mak aku ape??????

mak: meh sini kejap
aku: nape mak????( dgn rasa pelik,dah kenapa mak den ni)
mak: kenape bulu mate ko tu melekat dekat tepi????
aku: ha!!! ( aku mula rasa pelik lah kan then mak aku tengok lagi)
mak : laaaa...celak rupanya...dah macam mata india ( macam india dia kata...haish)
aku: mak nieeee.....( mak terud gelak kan aku)....

dan aku tak nak lah buat mata macam tu lagi.....=)




~ tak tahu rasa macam mana???~


tak share pun gud news kat aku!!! tapi share dengan orang lain!!! ok tak pe fine!!! rasa macam langsung tak da kepentingan dalam hidup orang yang berkenaan.....macam ni ke aku patut terima

*ini lah situasinya bila orang yang bermakna dalam hidup kita lakukan pekara seperti diatas*

sekian!!!!




~merandang!~

Today is my bad mood day....(mengeluh) mak selalu berpesan jangan suka mengeluh...tak baik kata mak..tapi ini jelah cara yang sesuai untuk melegakan sedikit ketegangan...tak memasal aku badmud hari ini...apa punca??? aku sendiri tak tahu....aje tak memasal ko nie norhana mahat nak bad mud tak tentu pasal....haish.....mungkin sebab aku tak mendapat tidur yang cukup kot...hehehehhe...punya awal ko membuta malam tadi boleh pulak tak cukup tidor lak kan...bohong betul aku nie!!!!!

paling kesian adik aku lah...rasa nak mintak maaf pada dia tapi ego aku ni mak ai!!!...tinggi melambung2 ...ape class mintak maaf dengan orang yang berpangkat adik ini...( wah!!! belagaknya aku..sedar ini memang sangat tak patut!!!) tak memasal adik aku terkena tempias badmud aku nie...aku gasak marah dia dan semestinya buat muka ketat aku....hal punya lah kecik sebab berebutkan kunci rumah labis...haha...apa punya kakak lah aku ni kan....tapi last2 aku mengalah jugak then pergi buatkan dia kunci yang baru...so tak de gaduh2 lagi....( mana ada kakak yang jahat sangat dengan adiknya....air dicincang mana nak putus kan!!!)


* nurul syafiqah ko bukan tak biasa dengan akak ko yang nie kan....pewitttt...