25 October 2010

~final projek~

mulakan penulisan anda dengan kalimah Bismilallah....
mula menulis.......................................
mlm nie aku ingin sekali meluahkan sesuatu yang bertajuk final projek..nak panggil thesis pun boleh lah...malam nie baru aku tersedar yang sebelum cuti sem bermula projek aku harus disiapkan dari bab1 hingga bab3....kepala dah mula pening apa lagi jadi kalut lah aku nak siapkan benda alah nie...tajuk projek aku tak lah susah sangat pun cuma pada saat ini aku tak tahu nak mulakan ayat pertama aku...biasalah, orang kata nak mulakan sesuatu kerja tu memang susah..nak kena ada kekuatan baru leh mula...memang kena sangat lah dengan situasi aku sekarang nie...hohohoho

tajuk projek aku " percampuran kod dalam lirik lagu abad ke 21" memang tajuk nie nampak senang..tapi nak mulakan sikit punya susah...haish...tambah2 aku dapat supervisor yang tersangatlah cerewet...serik nak g jumpa dia...bukan ape masuk kali nie dah 3 kali proposal aku kene reject...fulamakkk!!!!!!!! ape lagi lah yang tak betulnya...dush2...

supervisor aku nie ada satu masalah yang paling aku menyampah iaitu....................................dia nie jenis yang jumpa hari nie cakap lain jumpa esok cakap lain...dia mintak aku betulkan macam nie...sok2 aku datang suh betulkan macam nie pulak....kalau dah macam nie sampai bila asik nak betulkan proposal jerk...bila pulak aku boleh mula wat kertas kerja nie...haisssshhh...pening-pening...

dah nama pun supervisor...nak tak nak kene tahan jugak lah...aku layan kan jugak lah cara dia..kang banyak bunyik kang tak pat A pulak...sabor jelah ko Ana oitt...dia suh goyang ko goyang...dia suh gelek ko gelek jelah...nasib...nasibb...

last2 aku wat jugak lah kertas kerja nie...bagi jelah kat dia...untung2 dia terima..kalau salah pun betulkan sikit2 jerk..hehehhe...selamat berjuang lah yerk Norhana Mahat..


glitter-graphics.com

1 comment:

Anonymous said...

amboi..marah bebeno kome.hoho