04 March 2012

~LUMRAH~

bila habis spm...sebuk nak sambung stdy...bila dah dapat sambung tak kira lah kos apa pun pastinya akan pergi....dan sekarang kemelut selepas stdy....alam pekerjaan......kerja! kerja!kerja!...tau tak betapa susahnya zaman sekarang ini untuk memiliki pekerjaan....fresh graduate macam aku nie dah hampir 6 bulan tanam anggur....tapi langsung tak de hasil....

tahu tak kamu situasi aku sekarang nie...mereka2 yang habis stdy lambat dari aku pun dah mula mendapat pekerjaan...tapi aku masih ditakuk lama.....lagi tension bila ramai orang sering kali tanya dh kerja ke?? bila nya nak kerja?? apa mereka semua ingat aku ni cuma duduk goyang kaki tak kuar interview ke apa...tapi rezeki aku masih belum sampai...faham tak kamu yang diluar sana betapa tertekan nya aku dengan soalan yang tak putus2 itu sehingga kadang kala meleleh jugak lah.....

kadang2 pergi intervew lain jawatan yang dipohon lain pulak jawatan yang diberi....so macam mana aku nak accept keja tersebut....bukan memilih tapi kalau dah kerja yang tak da basic gaji macam mana aku nak kerja.....


* bersabar lah kamu wahai Norhana

20 January 2012

~ SESAK BERAT ~

sarat barat:

1) rasa semakin jauh dan terpinggir
2) mengharapkan kebahagian yang rupanya beban kpd org lain
3) rupa2 nya masih dianggap sebagai org luar
4) takut u mesra seperti dulu
5) diiktiraf sebagai penyebuk...diminta jangan masuk campur...walau pd hakikatnya...................
6) rasa nak lari jauh2
7) kata-kata yang menghiris
8) tak bernafas

~ BARA MEMBAKAR JIWA ~

bercinta tapi belum tentu berkawin...berkawin pulak belum tentu bercinta sampai keakhirnya...semuanya ibarat percaturan dalam perjudian.....belum tentu kalah menang nya..
kupasan isu yang akan aku jelaskan berdasarkan sejauh mata aku memandang...sejauh fikiran aku melayang...

BETUL KE????

istilah bercinta bermaksud masih ada rahsia dan pekara yang perlu disembunyikan oleh setiap pasangan itu...tak perlu mengamalkan istilah perkongsian dalam apa jua pekara sewaktu hubungan terjalin...setiap yang berlaku pada diri masing2 tidak semesti nya dikongsikan bersama...perkataan "tidak boleh masuk campur" disemburkan pada pasangan ....sesuai ke???

sejauh manakah hubungan akan bertahan dengan mengamalkan prinsip seperti yang aku sebutkan diatas....??????

* kebahagian yang dicari merupakan satu beben pada orang lain* ( siapa diri ini Tuhan yang memahami...kembali semula kepada Nya)




19 January 2012

~HATI MILIK KITA~

hati yang hitam harus dibersihkan menjadi putih jernih
hati yang terluka harus dirawat semoga tak terus bernanah
hati yang kecewa dirawat moga ada titik bahagia didalamnya
semua yang terjadi ada hikmahnya....

11 December 2011

:: ONE SEGAMAT ::

Kalau entry aku yang sebelum ini mencerita kan tentang pembangunan yang berlaku di bandar Johor Bharu dengan Johor Premium Outlet dan selepas ini Legoland bakal menyusul..... so entry kali ini aku just nak share dengan semua tentang pembangunan yang turut berlaku di Segamat Johor iaitu dengan pembukaan sebuah shopping complek yang diberi nama One Segamat (OS)

Kalau suatu masa dulu penduduk sekitar daerah Segamat mendambarkan sebuah pasar raya yang boleh menyediakan keperluan tidak kira dari sudut apa pun..kini semuanya sudah tersedia...kepada yang masih tak tau tentang kewujudan One Segamat ini,, ianya terletak bersebelahan dengan terminal bus segamat dan besebelahan dengan stesyen keretapi tanah melayu segamat...OS ini telah pun dibuka pada 10.12.2011...

terdapat 117 lot kedai yang disediakan...dan yang paling menggembirakan aku ada WAYANG!!!...hahaha..lepas ini tak perlu lah aku pergi jauh-jauh untuk menonton wayang...so lepas ini ada lah tempat untuk pergi menghabis kan masa-masa lapang aku...tapi setakat ini aku masih belum menjejakkan kaki disana......kat bawah ini aku sediakan sikit gambaran tentang bagaimana rupa OS ni.....selamat melawat..
















* wah!!! senang lah budak2 UITM segamat nak g bedating....hehehehe

07 December 2011

:: JOHOR PREMIUM OUTLETS


So sekarang ini aku just nak share dengan rakan2 blogger sekalian tentang satu tempat baru area JB. Tempat ni diberi nama sebagai JOHOR PREMIUM OUTLETS (JPO).baru jerk dibuka 1 december 2011..tapi akan dirasmikan pada 11 december ni..dah semestinya tempat ini adalah tempat untuk bershopping...bagi yang nak pergi tu silalah bawak duit bebanyak atau credit card yang boleh buat korang sampai mabuk untuk bershopping.

kalo nak lebih tau boleh lah tengok sendiri kat laman web

JPO ni ada lebih kurang 80 outlet stores yang korang boleh lawati sekali bershopping terus..paling best penjimatan sebanyak 25% sehingga 65% untuk setiap barang berjenama disediakan.....sediakan jelah kaki dan duit untuk kesini ok!! antara outlet yang ada Adidas, Armani, canali, coach, gap, guess, tumi n banyak lagi lah........