01 July 2012

~Pasang Strategik~

Assalamualaikum..

Setiap dari kita mesti pernah rasa saat debaran kan..tipu sangat lah ko Jah kalau tak pernah rasa debor-debor...yang sampai nak terkucil tu apa??...ngaku aje lah kome tu...bukan aku tak tau...hehe..kali ni aku nak share dekat kamu semua macam mana rasa bedebar nya aku nak mintak izin dengan family untuk BERTUNANG. Maha karya cinta memang berepisod-episod....siap ada adegan tagis menangis (gatal sungguh aku ni sampai dah tak sabar nak tunang kan)...bermula lah startegi aku...

Langkah pertama yang aku buat adalah....

Selepas asik disogok oleh ayah tunang (si azraf) aku supaya kami bertunang aku pun mula lah sikit-sikit cakap kat mak aku tentang itu..mula-mula tu takut jugak tapi aku beranikan lah jugak...memandangkan mak lebih rapat dengan aku jadi aku ambil keputusan untuk bagi intro pada mak dulu supaya dirisik-risik kan pada abah...hehehe...selepas bagi intro lama juga aku diam aje...tak usik-usik isu ni sebab tak dapat feedback dari mereka berdua. Last-last ayah si Azaf datang rumah sewa aku dan cakap sendiri dengan family aku...sebenarnya aku dengan tali pertunangan azraf tak tau langsung episod ini akan berlaku...ingat saja datang melawat...

mula-mula mak agak keberatan untuk mengia kan pertunangan kami..memandangkan aku belum lagi bekerja...tapi lepas dipujuk mak pun dengan rela hati nya membenarkan kami diikat dengan tali pertunangan..

tak berakhir di situ saja!!...nak memilih tarikh yang sesuai untuk majlis tersebut pun agak sukar..macam-macam dugaan yang berlaku..ada beberapa tarikh yang aku dah pilih tapi terpaksa postpone disebabkan banyak sangat kenduri kawin di tempat aku...hai lah nasib. pada awalnya kami rancang akan bertunang pada bulan 9. tapi last minit sebelah pihak lelaki mintak majlis diadakan pada bulan 6...dekat situ lah berlakunya kesukaran memilih tarik...Akhirnya dengan kata sepakat daripada kedua belah pihak 23.06.2012 menjadi sejarah pertunangan aku dengan En.Azraf.. Kepayahan yang terpaksa ditempuh memberikan lebih bermakna buat kami.. Pekara biasalah kalau kamu-kamu di luar sana yang terpaksa berhadapan dengan ibubapa yang sukar untuk melepas kan kamu ke tangan ornag lain...itu bermakna mereka terlalu sayangkan kamu.


**terima kasih kerana sudi membaca**



1 comment:

Cik Anita said...

oo..camtu rupanya..hehehehehe.. kmain nak cepat2 tunang! saja je kan gatal? haha