01 September 2010

:: PREPARATION ::

nampaknya malam ini hanya ada aku sahaja dalam bilik....rumate aku dah pulang untuk menyambut hari raya...tapi katanya tak terus pulang kekampung tapi singgah dirumah kakaknya dahulu...apa pun selamat menyambut hari raya ya...

bila aku ditinggalkan sendiri aku mula rasa boring...untuk mengelakkan aku rasa sangat boring aku ambil keputusan untuk mengemas bilik yang dah lama aku kemas..hari nie aku harus memanjakan diri dengan penyapu...sambil mengemas bilik aku selitkan sekali adengan mengemas barang2 untuk dibawa pulang hari raya nanti..

semua nya hampir selesai...rasa nya memang terlalu awal untuk aku sebuk mengemas barang memandang hari jumaat nanti baru aku balik...tapi aku langsung tak ambil kisah..sebab terlalu semangat nak balik beraya...

setakat nie aku dah pac sebanyak 3 buah beg...alamak!!! baru aku teringat yang aku hanya ditumpangkan sehingga di tangkak sahaja dan harus meneruskan perjalanan dengan bus pula...jadi dah tiba masanya aku memikirkan cara2 untuk mengurangkan jumlah beg yang aku harus bawa atau aku dengan gigihnya akan mengangkat ketiga2 beg tersebut....semuanya aku belum putuskan lagi....yang penting semua barang2 penting untuk keperluan raya nanti tak ada yang tertinggal...

sambil ditemani dengan lagu2 raya yang agak syahdu aku meneruskan aktiviti mengemas...tangan terus ligat menyusun baju2 di dalam beg..harap2 semuanya lengkap dan tak ada yang tertinggal..terasa sangat tak sabar untuk pulang..

ok lah nak terus mengemas...jum membantu


No comments: